Skip to main content

Malaysia

Kajian semula Perintah Gaji Minimum dijangka selesai September ini - Khairul Firdaus

PUTRAJAYA, 6 April -- Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan menyampaikan ucapan pada Sesi Libat Urus Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.  --fotoBERNAMA
Khairul Firdaus menyampaikan ucapan pada Sesi Libat Urus Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kajian semula Perintah Gaji Minimum 2024 dijangka dimuktamadkan pada September ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Beliau berkata hasil kajian itu akan menjadi asas utama untuk menentukan sama ada kadar gaji minimum sedia ada perlu disemak semula atau dikekalkan.

Advertisement

"Kerajaan melakukan pelbagai sesi libat urus untuk kita pastikan setiap keputusan serta perancangan dan pelaksanaan yang mahu dilakukan itu benar-benar menepati cita rasa semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus berkaitan perkara itu di sini hari ini.

Khairul Firdaus berkata kerajaan komited untuk memastikan kebajikan semua pihak terus terpelihara dan memberi jaminan bahawa sebarang keputusan berhubung penyelarasan Perintah Gaji Minimum tidak akan menjejaskan perkembangan serta pembangunan ekosistem pekerjaan.

Perintah Gaji Minimum 2024 sebanyak RM1,700 sebulan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Ogos tahun lepas dan terpakai kepada semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja.

Majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum berdepan denda sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja, denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan, dan bagi kesalahan berulang, hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000.

-- BERNAMA

Must Watch Video