KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi mesyuarat kedua Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.
Dalam kenyataannya, bank pusat itu berkata MPC juga menyifatkan keputusan serta pendirian membabitkan dasar monetari tersebut sebagai wajar dan akomodatif.
Ia menegaskan, berikutan keadaan pandemik yang terus tidak menentu, pendirian dasar monetari pada masa hadapan akan terus ditentukan oleh data dan maklumat baharu serta kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negara.
"Bank Negara Malaysia akan terus komited untuk menggunakan mekanisme dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi secara berterusan," kata bank pusat itu.
Menurut BNM, di peringkat domestik, penunjuk terkini menunjukkan permintaan luaran bertambah baik manakala perbelanjaan pengguna berterusan.
Malah, katanya, walaupun pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan penularan COVID-19 akan menjejaskan pertumbuhan pada suku pertama, kesannya dijangka tidak seteruk yang pernah dialami pada suku kedua 2020.
"Pada masa hadapan, pertumbuhan diunjurkan meningkat mulai suku kedua dan seterusnya, didorong oleh pemulihan permintaan global, peningkatan perbelanjaan sektor awam dan swasta berikutan sokongan yang berterusan daripada langkah-langkah dasar serta langkah-langkah pembendungan yang lebih bersasar," katanya.
"Pelaksanaan program vaksinasi COVID-19 di peringkat dalam negara akan terus meningkatkan sentimen dan kegiatan ekonomi.
"Bagaimanapun, prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan ekonomi menjadi rendah. Keadaan ini berpunca terutamanya daripada ketidakpastian berterusan mengenai perkembangan berkaitan pandemik serta cabaran yang akan dihadapi dan boleh menjejaskan (usaha) vaksinasi pada peringkat global dan dalam negara," katanya.
Dalam pada itu, purata inflasi keseluruhan pada 2021 diunjurkan lebih tinggi terutamanya disebabkan oleh peningkatan harga minyak.
Menurut BNM, dari segi trajektori, inflasi keseluruhan dijangka naik mendadak untuk sementara waktu pada suku kedua tahun ini berikutan asas lebih rendah daripada harga runcit bahan api dalam negara pada suku sama 2020 yang menyederhana selepas itu.
"Inflasi asas juga dijangka kekal rendah dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi, namun prospek ini bergantung pada perkembangan harga minyak dunia dan komoditi," kata BNM.
Selain itu, ia juga menyifatkan pemulihan ekonomi global semakin rancak meskipun tidak sekata, disokong oleh peningkatan stabil dalam aktiviti perkilangan dan perdagangan.
Pada masa sama, program pemberian vaksin yang sedang dilaksanakan di kebanyakan negara-negara berserta sokongan dasar akan terus membantu menambah baik keadaan permintaan swasta dan pasaran tenaga kerja, katanya.
"Meskipun pasaran kewangan telah mengalami turun naik, keadaan kewangan terus menyokong kegiatan ekonomi.
"Risiko terhadap prospek pertumbuhan juga telah berkurangan sedikit tetapi terus cenderung ke arah pertumbuhan lebih perlahan yang disebabkan terutamanya oleh ketidakpastian mengenai pandemik COVID-19 serta keberkesanan program vaksinasi," kata BNM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021

Menurut BNM, dari segi trajektori, inflasi keseluruhan dijangka naik mendadak untuk sementara waktu pada suku kedua tahun ini. - Gambar fail

COVID-19: Denmark henti penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca
Pengarah Badan Kesihatan Denmark bagaimanapun tidak menolak untuk kembali menggunakan semula vaksin AstraZeneca di masa depan.

COVID-19: Sistem kesihatan di Chile kini kritikal, petugas kesihatan akui terbeban
Pekerja kesihatan ketika ini sedang berjuang menangani sejumlah besar pesakit di hospital dan 30 peratus kakitangan hospital tidak dapat bertugas kerana masalah kesihatan.

AWANI Ringkas: Pengunjung bazar Ramadan diingat patuh SOP | PAGE desak sistem pendidikan negara dirombak

Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dijangka menerima suntikan dos pertama di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

Kedai perabot di Semanggol musnah terbakar
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

115 kuil, tokong di Kuala Lumpur didirikan secara tidak sah
Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes berjaya diselesaikan dengan kuil dan tokong yang terlibat diberikan surat tawaran pendudukan secara sah, manakala selebihnya ada yang ditawarkan tapak ganti.

COVID-19: Kes positif global lebih 137.8 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.4 juta kes.

Bas terbakar dirempuh lori tangki, 20 maut
Bas yang dalam perjalanan dari Kaherah itu dilaporkan terbalik ketika cuba memotong sebuah lori sebelum dilanggar sebuah trak.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Ringgit dijangka diniagakan sekitar 4.1275-4.1475 minggu depan
Laporan terkini mengenai kenaikan inflasi di China pada Mac berikutan lonjakan kos komoditi, juga dijangka mempengaruhi prestasi ringgit.

Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan
Pada Jumaat, sehingga 6.15 pagi waktu CST, kontrak Mei bagi minyak mentah Brent naik hampir 3.4 peratus untuk diniagakan pada US$64.86 setong.

Operasi perniagaan pulih sedikit pada separuh kedua 2020 - BNM
Langkah pembendungan COVID-19 yang dilaksanakan baru-baru ini adalah kurang ketat dan lebih bersasar.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Pengeluaran i-Sinar beri impak langsung positif kepada ekonomi sebenar - BNM
Pengeluaran di bawah skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat memberi impak langsung yang positif kepada ekonomi sebenar yang menyokong penggunaan domestik.

Malaysia masih perlu waspada dengan perang perdagangan AS-China - BNM
Negara masih perlu berwaspada dengan risiko memuncaknya ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.

LAKSANA: Negara di fasa kelima Strategi Pemulihan Ekonomi Negara 6R
Fasa ini merangkumi pelaksanaan Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah negara.

Jumlah hartanah komersial tidak terjual membimbangkan - BNM
Jumlah hartanah tidak terjual menyaksikan perubahan susulan pelaksanaan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh kerajaan.

KDNK Malaysia dijangka melonjak 6.0-7.5 peratus tahun ini
Terdapat beberapa tanda pemulihan ekonomi yang menggalakkan, termasuk pengekangan yang berkesan bagi gelombang ketiga kes COVID-19 di negara ini.

Bayaran balik pinjaman isi rumah cecah 93 peratus separuh kedua 2020
Golongan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan terus berdepan kesukaran kewangan dengan penampan kewangan yang rendah dan leveraj yang ketara lebih tinggi.