KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi mesyuarat ketiga Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.
Dalam kenyataannya, bank pusat itu berkata MPC turut menganggap pendirian mengenai dasar monetari berkenaan sebagai wajar dan akomodotif.
"Berikutan keadaan pandemik yang tidak menentu, pendirian dasar monetari pada masa depan akan terus ditentukan oleh data dan maklumat baharu serta kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negara," kata bank pusat itu.
Selain itu, BNM menegaskan akan terus komited untuk menggunakan mekanisme-mekanisme dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi secara berterusan.
Prospek pertumbuhan Malaysia juga terus bergantung pada risiko penurunan, didorong terutamanya oleh ketidakpastian berterusan berkaitan pandemik serta potensi cabaran yang boleh menjejaskan pemberian vaksin di peringkat global serta dalam negara.
Menurut bank pusat itu, penunjuk terkini menunjukkan kegiatan ekonomi negara terus bertambah baik pada suku pertama dan sehingga April lepas.
"Walaupun pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan di lokasi terpilih baru-baru ini akan menjejaskan kegiatan ekonomi dalam jangka pendek, kesannya kurang serius memandangkan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi," katanya.
Trajektori pertumbuhan juga diunjur meningkat, didorong oleh pemulihan lebih kukuh bagi permintaan global serta peningkatan perbelanjaan sektor awam dan swasta berikutan sokongan langkah-langkah dasar yang berterusan, kata BNM.
"Pertumbuhan juga akan disokong oleh peningkatan pengeluaran fasiliti perkilangan sedia ada dan baharu, terutamanya dalam subsektor elektrik dan elektronik dan subsektor berkaitan sumber serta loji pengeluaran minyak dan gas," katanya.
BNM juga menyifatkan kemajuan program pemberian vaksin COVID-19 dalam negara juga akan meningkatkan sentimen selain menyumbang ke arah pemulihan kegiatan ekonomi.
Dalam pada itu, pemulihan ekonomi global terus kukuh terutamanya di ekonomi (negara) utama, disokong oleh peningkatan dalam aktiviti perkilangan dan perdagangan biarpun pada kadar yang mungkin berbeza di setiap negara.
BNM berkata, program pemberian vaksin yang sedang dilaksanakan, langkah-langkah rangsangan fiskal besar di Amerika Syarikat serta sokongan dasar di ekonomi utama lain akan terus membantu meningkatkan keadaan permintaan dalam negara.
Menurutnya, trajektori pemulihan di beberapa negara juga berkemungkinan terganggu oleh langkah-langkah pembendungan yang diperketat semula dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Namun, kata BNM, ketidaktentuan dalam pasaran kewangan baru-baru ini juga telah reda sedikit dengan keadaan kewangan yang terus menyokong pertumbuhan.
"Imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan juga terus cenderung ke arah pertumbuhan lebih perlahan, terutamanya akibat ketidakpastian membabitkan perkembangan pandemik dan potensi risiko turun naik pasaran kewangan yang ketara," katanya.
Bank pusat itu berkata, purata inflasi keseluruhan pada 2021 diunjurkan lebih tinggi antara 2.5 peratus hingga 4.0 peratus, terutamanya disebabkan oleh faktor tolakan kos susulan peningkatan harga minyak dunia.
"Dari segi trakjektori, inflasi keseluruhan dijangka naik mendadak untuk sementara waktu pada suku kedua 2021 berikutan asas lebih rendah daripada harga bahan api runcit dalam negara yang susut pada suku sama 2020.
"Namun, keadaan ini bersifat sementara kerana inflasi keseluruhan diunjurkan menyederhana selepas itu apabila kesan asas ini berakhir," katanya.
Selain itu, BNM berkata inflasi asas yang diukur oleh inflasi teras, dijangka kekal rendah dengan purata antara 0.5 peratus hingga 1.5 peratus tahun ini ketika keadaan lebihan kapasiti berterusan dalam ekonomi.
"Prospek ini bagaimanapun akan bergantung kepada perkembangan harga minyak dunia dan komoditi," kata bank pusat itu.-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ada 1.75 peratus.
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam persekitaran jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2024, inflasi, KDNK pertimbangan utama BNM - AmInvestment
AmInvestment Bank Research berkata, Bank Negara Malaysia akan terus bergantung kepada data dalam keputusan dasar monetarinya.
OPR dijangka kekal pada tiga peratus walaupun Fed kurangkan kadar faedah
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus pada akhir 2025 susulan pengukuhan ringgit.