awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank semak semula kadar rujukan susulan kenaikan OPR

Bernama
Bernama
04/11/2022
00:00 MYT
Bank semak semula kadar rujukan susulan kenaikan OPR
Bank Negara Malaysia menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, kenaikan keempat berturut-turut sejak Mei tahun ini.
KUALA LUMPUR: Bank-bank akan menyemak semula kadar rujukan mereka susulan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia kepada 2.75 peratus daripada 2.50 peratus semalam.
RHB Banking Group dan Public Bank akan menyemak semula Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas (bps).
Dalam kenyataan, RHB Bank berkata SBR akan dinaikkan kepada 2.75 peratus daripada 2.50 peratus, BR kepada 3.50 peratus setahun daripada 3.25 peratus dan BLR kepada 6.45 peratus setahun daripada 6.20 peratus.
Dalam kenyataan berasingan, Public Bank berkata SBR akan menjadi 2.75 peratus manakala BR akan dinaikkan kepada 3.27 peratus daripada 3.02 peratus dan BLR akan dinaikkan kepada 6.47 peratus daripada 6.22 peratus.
Sejajar dengan semakan semula itu, kadar deposit tetap RHB Bank, RHB Islamic Bank dan Public Bank akan turut diselaraskan.
Dalam kenyataan lain, Affin Bank Bhd berkata Affin Bank, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank Bhd akan turut menaikkan kadar rujukan mereka sebanyak 25 mata asas manakala Kadar Deposit Tetap Affin Bank dan Kadar Deposit-i Berjangka Affin Islamic akan turut dinaikkan.
Perubahan tersebut berkuat kuasa pada 7 Nov 2022 untuk semua institusi kewangan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OPR
#Bank Negara Malaysia
#bank semak semula kadar rujukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan