IPOH: Seorang bekas mudir (pengetua) sebuah maahad tahfiz di Batu Gajah, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan amang seksual terhadap lima pelajar maahad itu, tahun lalu.
Tertuduh, Azizul Yahya, 30 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang belum berkahwin didakwa melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap lima pelajar Maahad Tahfiz As Sharif Sri Jaya di Batu Gajah, yang mempunyai hubungan amanah sebagai seorang mudir.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berumur antara 13 dan 15 tahun, di maahad berkenaan antara Februari dan Oktober 2021.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a), 14 (b), 14 (d) dan 15 (e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14, dibaca bersama Seksyen 16, akta yang sama.
Empat kesalahan didakwa di bawah Seksyen 14 (a), tujuh di bawah Seksyen 14 (b), tiga di bawah Seksyen 14 (d) dan satu di bawah Seksyen 15 (e).
Seksyen 14 (a), (b) dan (d) masing-masing memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat, jika sabit kesalahan.
Bagi Seksyen 15 (e) kerana menunjukkan video lucah, boleh di hukum penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, bagi hukuman di bawah Seksyen 16 akta yang sama, orang itu hendaklah sebagai tambahan kepada hukuman yang dia boleh dikenakan bagi kesalahan itu, dihukum dengan penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang dua sebatan.
Mahkamah bersetuju dengan hujah Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen.
Peguam tertuduh Muhamad Syahrul Nizam Mohd Rabi ketika ditemui diluar mahkamah memberitahu, pihaknya akan memfailkan semakan ke Mahkamah Tinggi hari ini, berkenaan keputusan Mahkamah Sesyen tidak benarkan jaminan terhadap tertuduh.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jan 28 2022

Azizul didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas kesalahan amang seksual terhadap mangsa yang berumur antara 13 dan 15 tahun, di Maahad Tahfiz As Sharif Sri Jaya antara Februari dan Oktober 2021. - Foto Astro AWANI

Imran Khan beri tempoh 6 hari untuk Pakistan umum tarikh pilihan raya
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu.

Pelancongan | Cuaca tidak menentu tak jejas kemasukan pelancong - Nancy
Perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini tidak akan menjejaskan kemasukan bilangan pelancong dari luar ke dalam negara, jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri

Banjir Kilat | Tingkatkan sistem perparitan di Kuala Lumpur untuk tangani banjir kilat
Longkang-longkang tersumbat terutama di kawasan-kawasan pembinaan dan pasar merupakan punca utama berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Ketetapan untuk tindakan menyatukan bangsa
Sidang Penyatuan Bangsa anjuran Majlis Perundingan Melayu capai kata sepakat usaha yang perlu diambil untuk mengukuhkan jihad.

Lelaki kurang siuman ganggu pengguna jalan raya ditahan di Jalan Kunak-Semporna
Polis menahan seorang lelaki kurang siuman yang mengganggu pengguna jalan raya di Jalan Kunak-Semporna pada Rabu.

Tindakan Zuraida letak jawatan tidak jejas kerajaan Kedah - Menteri Besar
Yang akan terkesan dengan keputusan Zuraida ialah kerajaan Persekutuan kerana Zuraida merupakan salah seorang daripada anggota Kabinet.

Menteri Luar Jepun, Malaysia sepakat bekerjasama bangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Jepun Yoshimasa Hayashi sepakat untuk bekerjasama membangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur.

Barometer Kepercayaan Edelman 2022: Tahap kepercayaan terhadap kerajaan dan media menurun
Barometer Amanah itu mendedahkan bahawa Malaysia, bersama-sama dengan seluruh dunia sedang mengalami kitaran ketidakpercayaan.

Pelajar sekolah maut motosikal langgar lori
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Hormat keputusan Zuraida - Annuar
Semua pihak perlu menghormati keputusan dan pendirian Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan menyertai PBM, kata Tan Sri Annuar Musa.

Bekas pengetua maahad hadapi 15 kes amang seksual terhadap pelajar
Azizul menghadapi 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Bekas mudir maahad tahfiz didakwa 15 pertuduhan amang seksual
Azizul mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Bekas Pengetua STAR dinobat Tokoh Guru Perak
Berasal dari Teluk Intan, Abdul Hashim memulakan perkhidmatan pada tahun 1984 di Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan selama 23 tahun.

Bekas pengetua sekolah didakwa cabul tiga kakitangan
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.