awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah ketepi percutian susulan kematian Diogo Jota

Agensi
Agensi
04/07/2025
02:10 MYT
Salah ketepi percutian susulan kematian Diogo Jota
Salah dan Joga sangat akrab dan kedua-dua mereka sudah beraksi sebanyak 150 kali untuk Liverpool.
BINTANG Liverpool, Mohamed Salah, akan kembali ke England hari ini selepas memendekkan percutiannya, berikutan pemergian tragis rakan sepasukan, Diogo Jota.
Menurut penerbitan Mesir, Yallakora, Salah akan kembali ke Liverpool hari ini beberapa hari sebelum pemain dijadualkan kembali untuk latihan pramusim pada 8 Julai.
Ramai bintang Liverpool dijangka kembali ke Merseyside hujung minggu ini, dengan dunia bola sepak ketika ini dalam tempoh berkabung selepas kematian Jota.
Jota dan adiknya, Andre Silva, terlibat dalam kemalangan kereta maut semalam di Zamora, Sepanyol.
Jota dilaporkan dalam perjalanan pulang ke England dan menuju ke Santander untuk menaiki feri selepas doktor menasihatkannya supaya tidak terbang selepas pembedahan paru-paru.
Salah telah kerap menyiarkan gambar percutian, dengan Turkiye Today melaporkan bahawa warga Mesir itu telah berada di Bodrum, Turkiye.
Salah juga telah meluangkan masa di Mombasa, Kenya, dan Mykonos, Greece, tetapi kini akan kembali ke UK untuk memulakan persiapan untuk musim depan.
The Reds baru sahaja meraikan kejayaan memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris, yang pertama buat Jota sejak menyertai kelab itu beberapa bulan selepas kejayaan sebelumnya pada Julai 2020.
Jota telah ditandatangani dalam perjanjian bernilai ASD$56 juta pada 19 September 2020, tiba dari Wolverhampton Wanderers dengan kontrak jangka panjang.
Jota dan Salah Jota dan Salah sudah beraksi sebanyak 150 kali untuk Liverpool dan menjaringkan 19 gol. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Diogo Jota
#Diogo Jota maut kemalangan
#salah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan