awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Pengeluaran Akaun 1 KWSP mampu beri risiko selepas persaraan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
27/11/2020
10:38 MYT
Belanjawan 2021: Pengeluaran Akaun 1 KWSP mampu beri risiko selepas persaraan
Pengeluaran akaun 1 KWSP merupakan satu risiko bagi tempoh jangka panjang menurut Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan. - Gambar fail
Kuala Lumpur :Individu yang tidak terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 tidak digalakkan untuk membuat pengeluaran menerusi caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Perkeso, Prof Madya Mohd Yusof Saari berpendapat, tindakan itu merupakan risiko yang terpaksa didepani menjelang tempoh akan datang.
“Sebaik-baiknya wang di Akaun 1 jangan digunakan kerana perkara itu mampu mempengaruhi tempoh jangka masa panjang khususnya selepas usia persaraan.
“Kita tidak mahu selepas persaraan, individu perlu kembali bekerja keras seperti usia muda dahulu hanya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Menurutnya, sekiranya terdapat keperluan mendesak untuk melakukan pengeluaran maka perkara itu tidak seharusnya dalam satu tempoh berpanjangan.
Beliau yang menyifatkan KWSP sebagai pertahanan terakhir kewangan bagi individu menjelaskan, melihat kepada faktor jangka hayat di kalangan rakyat Malaysia, sebahagian besar mereka akan mencecah usia 65 tahun bagi tempoh lima hingga enam tahun akan datang sekali gus mewujudkan kebimbangan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Khamis telah mengumumkan program i-Sinar KWSP akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan, dengan lebih lapan juta pencarum akan mendapat manfaat dengan had pengeluaran sehingga RM10,000.
Topic Berkaitan
#KWSP
#Belanjawan 2021
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Akaun 1 KWSP
#ahli KWSP
#pengeluaran akaun 1
#i-Sinar KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan