KUALA LUMPUR:Meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan komunikasi digital di negara ini seharusnya menjadi salah satu bidang tumpuan utama dalam Belanjawan 2021 yang akan datang kerana pandemik kesihatan telah mempercepat digitalisasi dan memerlukan kepercayaan.
Pakar dan penggiat industri percaya bahawa penerapan e-dagang telah meningkat dengan ketara sejak penularan pandemik dan oleh itu, infrastruktur digital, termasuk internet, revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dan 5G perlu diperhalusi untuk penggunaan yang lebih baik.
Pengasas dan rakan pengurusan kumpulan Thought Partners Group Consulting (TPG), Abi Sofian Abdul Hamid berharap kerajaan akan berusaha mendapatkan pemain utama untuk meningkatkan perkhidmatan komunikasi digital bagi memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan.
"Masalah 'drop calls'' masih lagi wujud walaupun ia tidak seharusnya berlaku pada masa ini," kata beliau kepada Bernama, baru-baru ini.
Justeru, beliau menambah terdapat banyak faktor keselamatan yang perlu dipertimbangkan.
Pengguna digital perlu berhadapan dengan penipuan e-dagang yang teruk dalam jangka masa panjang sekiranya keselamatan tidak dilaksanakan dengan dengan baik, katanya.
Menurut satu laporan berita baru-baru ini, ia menyatakan penjenayah turut berleluasa mengambil kesempatan semasa perintah kawalan pergerakan berlangsung dengan kes penipuan e-dagang meningkat kepada 2,500 manakala mangsa kerugian RM17 juta antara 18 Mac dan 4 Ogos.
Data Commerce.Asia Enterprise juga menunjukkan urus niaga e-dagang melonjak 1.380 peratus pada bulan Ogos 2020 berbanding setahun yang lalu kerana sekatan yang dikenakan untuk membendung penyebaran COVID-19 telah mempercepat penyesuaian tabiat berbelanja/beli-belah dan penggunaan dalam talian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Oleh itu, dengan semakin banyak rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup digital, terutama untuk barang-barang penting pada masa krisis, Abi menegaskan transformasi teknologi untuk IR 4.0 mesti diteruskan dan harus dipercepat.
Menurut Analisis E-Dagang GlobalData, pasaran e-dagang Malaysia dianggarkan mencatat pertumbuhan 24.7 peratus tahun ini.
Pasaran dijangka mencapai RM51.6 bilion menjelang 2024, meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 14.3 peratus antara 2020 dan 2024.
"Oleh kerana banyak organisasi telah menyesuaikan diri untuk bekerja dari rumah sebagai normal baru, pergerakan manusia juga telah sedikit berubah.
"Oleh itu, konsep pergerakan baharu harus ada," katanya, sambil menambahkan bahawa Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November, juga perlu mempertimbangkan untuk memperkenalkan konsep untuk perkhidmatan pengangkutan agar sesuai dengan pergerakan pengguna.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz telah menyatakan bahawa meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam melalui data dan digitalisasi bagi menambahbaik kecekapan pelaksanaan akan menjadi antara empat prinsip utama Belanjawan 2021.
Fokus yang lebih besar untuk mempercepat peralihan ke ekonomi digital, terutama dalam bidang meningkatkan infrastruktur untuk pelaburan di seluruh negara adalah salah satu strategi utama, katanya pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2020.
Strategi berkenaan merangkumi inisiatif seperti Jalinan Digital Negara atau JENDELA dan Identiti Digital Nasional, tambahnya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020
Pengguna digital perlu berhadapan dengan penipuan e-dagang yang teruk dalam jangka masa panjang sekiranya keselamatan tidak dilaksanakan dengan dengan baik. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Bekas tokoh Bersih lancar Projek SAMA, tingkat akauntabiliti
Tujuh bekas BERSIH pada Sabtu melancarkan sebuah organisasi yang memperjuangkan reformasi institusi dikenali sebagai Projek SAMA.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Dua polis bsi ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Aplikasi MY TouristPay mudahkan pelancong asing bayar dengan cepat, selamat
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan aplikasi terbaharu MY TouristPay untuk mengantarabangsakan perniagaan tempatan menerusi ekonomi digital.
Cashless Boleh 3.0 - Lebih 80 peratus sektor awam catat penembusan pembayaran digital
Secara keseluruhannya pada tahap 81.3 peratus, peningkatan lebih 22 peratus dari 58.8 peratus sejak 2021.
Perkukuh pangkalan data, jejak corak perbelanjaan penerima bantuan - MINDA-UKM
Sistem pangkalan data perlu diperkukuhkan agar dapat menjejak corak perbelanjaan penerima bantuan kerajaan.
Transformasi digital hapus pekerjaan konvensional, cipta kerjaya bernilai lebih tinggi - WEF
Transformasi digital akan menghapuskan pekerjaan-pekerjaan yang bersifat konvensional, namun dalam masa yang sama akan mencipta peluang pekerjaan yang bernilai lebih tinggi.
Celcom Business tingkat kecekapan, produktiviti perniagaan dengan ekosistem penyelesaian berpatutan
Celcom Business tampil sebagai rakan niaga yang dipercayai untuk membantu perniagaan mencapai potensi penuh untuk terus maju.
Digitalisasi bantu pelanggan cekap, efisien urus tenaga - TNB
Sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 akan tercapai sekiranya pelanggan mengamalkan penggunaan tenaga lebih cekap.
Digitalisasi: KPM bangunkan tiga sistem dalam talian bantu pengurusan sekolah, guru
Kementerian Pendidikan sedang membangunkan tiga sistem secara dalam talian untuk membantu pengurusan sekolah dan memudahkan tugas guru.
HPK: Perkasa pengguna depani era digitalisasi - Ismail Sabri
Proses digitalisasi pengguna hari ini berlaku secara tidak langsung memerlukan pengguna yang bijak dan berdaya upaya.
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana tiada pilihan lain selain lakukan digitalisasi segera
PMKS perlu mengambil kira consumer behaviour yang semakin hari semakin bergantung kepada penggunaan digital, malah sebelum COVID-19 bermula.
RMK-12: Fokus aspek digitalisasi, latih pekerja mahir
Rancangan Malaysia 12(RMK-12) perlu memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur digitalisasi serta melatih tenaga kerja mahir dan separa mahir seiring perkembangan revolusi industri 4.0.