FAM jangka laporan siasatan bebas isu dokumentasi tujuh pemain warisan diketahui bulan ini

Mohd Yusoff (kanan) bersalaman dengan Dr Badrul Akmal Hisham (kiri) pada Perasmian Simposium dan Pertukaran Memorandum Persefahaman antara UKM Specialist Centre dan FAM di HCTM hari ini. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Hasil penuh siasatan Jawatankuasa Bebas yang ditubuhkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berhubung isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka diketahui bulan ini.
Ringkasan AI
- Jawatankuasa Bebas FAM akan menerima hasil siasatan berhubung isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan penggantungan 12 bulan oleh FIFA dalam bulan ini.
- Pihak FAM masih menunggu laporan dari Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tun Md Raus Sharif sebelum membuat sebarang keputusan lanjut berkenaan kes tersebut.
- FAM akan membawa kes isu dokumentasi tujuh pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas proses di peringkat FIFA selesai, dengan percaya dapat memenuhi prosedur CAS pada 18 Disember.
"Daripada laporan itu nanti, kita akan lihat dapatan yang dikemukakan sebelum menentukan langkah seterusnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Centre (UKMSC) dan FAM di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai MoU antara kedua-dua pihak, Mohd Yusoff berkata kerjasama itu merupakan satu program bermanfaat untuk pemain dan tidak menolak kemungkinan untuk meneroka perkara lain bersama UKMSC termasuk aspek pengurusan mental pemain.
Pada Oktober, FAM menubuhkan Jawatankuasa Bebas dengan melantik Tun Md Raus bagi menyiasat isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya yang dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh FIFA.
Sementara itu, Mohd Yusoff berkata FAM menyerahkan sepenuhnya keputusan berhubung isu dokumentasi tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), selepas semua proses pada peringkat FIFA diselesaikan.
"Dalam keadaan sekarang, pasukan perundangan kita sedang membuat persiapan untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan. Saya percaya kita dapat memenuhi prosedur CAS itu pada 18 Dis ini," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata urusan FAM dengan FIFA telah berakhir, dan CAS merupakan platform terakhir bagi badan induk itu melengkapkan proses perundangan yang tersedia.
Beliau turut menegaskan keputusan membawa kes itu ke CAS bukan didorong oleh pertimbangan risiko, sebaliknya bagi memastikan semua proses perundangan diselesaikan sepenuhnya.
"Kita sudah habis pada peringkat FIFA dan tiada lagi perkara membabitkan FIFA. Di CAS, ini adalah proses terakhir kita dan ia merupakan badan bebas yang tidak terikat dengan FIFA. Apa juga keputusannya adalah muktamad dan perlu dipatuhi oleh semua pihak," katanya.
Sebelum ini, FAM mengesahkan telah mengemukakan rayuan kepada CAS berhubung hukuman yang dikenakan FIFA membabitkan isu dokumentasi tujuh pemain warisan, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
Keputusan untuk membawa kes itu ke CAS dibuat susulan FIFA mengeluarkan alasan penuh keputusan Jawatankuasa Rayuan setebal 64 muka surat pada 3 Nov, yang mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA.
Keputusan tersebut menyaksikan FAM didenda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala tujuh pemain terbabit digantung selama 12 bulan dan masing-masing dikenakan denda CHF2,000 (kira-kira RM10,000) setiap seorang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah hasil penuh siasatan Jawatankuasa Bebas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan penggantungan oleh FIFA? A: Hasil siasatan Jawatankuasa Bebas belum diketahui sepenuhnya dan dijangka akan diketahui dalam bulan ini.
- Q: Apakah tindakan yang FAM akan ambil setelah menerima laporan daripada bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif? A: FAM akan meneliti dapatan yang dikemukakan dalam laporan tersebut sebelum membuat sebarang keputusan lanjut berkenaan isu dokumentasi pemain warisan Harimau Malaya.
- Q: Apakah yang dimaksudkan oleh Pemangku Presiden FAM apabila menyatakan bahawa FAM telah menyerahkan sepenuhnya keputusan berhubung isu dokumentasi pemain warisan Harimau Malaya kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)? A: FAM telah memutuskan untuk membawa isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) setelah menyelesaikan semua proses pada peringkat FIFA.
- Q: Apakah tindakan FAM selepas menyerahkan kes kepada CAS berhubung hukuman yang dikenakan kepada tujuh pemain warisan? A: FAM telah mengemukakan rayuan kepada CAS berhubung hukuman yang dikenakan kepada tujuh pemain warisan yang dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh FIFA.
- Q: Berapakah jumlah denda yang dikenakan kepada FAM dan tujuh pemain warisan yang terlibat dalam isu dokumentasi oleh FIFA? A: FAM didenda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala tujuh pemain warisan dikenakan denda CHF2,000 (kira-kira RM10,000) setiap seorang dan dikenakan penggantungan selama 12 bulan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

