awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023 beri petunjuk penyatuan fiskal akan berlaku lebih pantas - Fitch Solutions

Bernama
Bernama
06/03/2023
23:43 MYT
Belanjawan 2023 beri petunjuk penyatuan fiskal akan berlaku lebih pantas - Fitch Solutions
Fitch menjangkakan perbelanjaan akan merosot kepada kira-kira 20.1 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 22 peratus pada 2022. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penyatuan fiskal akan berlaku di Malaysia lebih pantas pada era pasca pandemik, ia diunjurkan berkurangan pada 2023 kepada 4.9 peratus daripada 5.3 peratus sebelumnya, kata Fitch Solutions Country Risk and Industry Research (Fitch Solutions).
Fitch Solutions dalam laporan prospeknya berkata, ia telah menyemak turun unjuran defisit Belanjawan Malaysia 2023 berikutan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada 2023 dijangka berkurang sebanyak 2.3 peratus kepada RM386.1 billion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lepas.
Ia berkata, belanjawan yang disemak semula itu lebih tinggi berbanding RM372.3 bilion sebelumnya yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob pada Oktober 2022.
"Secara keseluruhan, kami menjangkakan hasil sebagai bahagian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turun kepada 15.2 peratus daripada KDNK tahun ini daripada 16.5 peratus pada tahun fiskal sebelumnya dan sedikit di bawah unjuran kerajaan sebanyak 15.4 peratus daripada KDNK untuk 2023," katanya.
Fitch Solutions juga berkata, ia menjangkakan perbelanjaan akan merosot kepada kira-kira 20.1 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 22 peratus pada 2022.
"Disebabkan kadar penyatuan fiskal yang lebih pantas, kami menjangkakan jumlah hutang kerajaan sebagai sebahagian KDNK akan mencecah 60.7 peratus pada 2023, berbanding jangkaan kami sebelum ini sebanyak 63.4 peratus.
"Walaupun ini akan memberi petunjuk bahawa peningkatan daripada jangkaan disemak semula sebanyak 59.6 peratus daripada KDNK pada 2022, nisbahnya jauh di bawah had hutang berkanun yang disemak sebanyak 65 peratus.
"Angka tersebut juga turun daripada paras tertinggi sebanyak 63.5 peratus yang dicatatkan pada 2021," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#KDNK
#fiskal
#Fitch Solutions
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan