awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2025: Kerajaan mahu tamat masalah rakyat beratur panjang, isi pelbagai borang

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/10/2024
09:30 MYT
Belanjawan 2025: Kerajaan mahu tamat masalah rakyat beratur panjang, isi pelbagai borang
Perdana Menteri berkata, urusan Kerajaan melibatkan perniagaan juga perlu dinilai semula, kerana ia dilihat seolah-olah satu hal yang merumitkan.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui, terdapat keperluan menambah baik beberapa urusan orang ramai dengan pejabat kerajaan, termasuk terpaksa mengambil cuti untuk menyelesaikan permohonan, beratur panjang bagi nombor giliran, selain terbeban dengan pelbagai borang.
Justeru, beliau berkata, Kerajaan MADANI beriltizam untuk menoktahkan permasalahan tersebut, dengan meningkatkan permohonan secara dalam talian, dan rakyat hanya perlu ke pejabat kerajaan untuk mengambil dokumen yang lulus, atau diperbaharui sahaja.
“Walaupun Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu rakyat. adakalanya ia merumitkan rakyat untuk memohon kerana melibatkan pelbagai kementerian dan agensi dengan kriteria yang berbeza.
“Kerajaan bersetuju membentuk saluran berpusat di UTC bagi membantu rakyat susah untuk memohon bantuan merentasi pelbagai agensi,” katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Perdana Menteri berkata, urusan Kerajaan melibatkan perniagaan juga perlu dinilai semula, kerana ia dilihat seolah-olah satu hal yang merumitkan.
"Mengapa perlu dibebankan syarikat dengan terpaksa mendaftar secara berasingan dengan KWSP, PERKESO dan HRD Corp sedangkan maklumat pekerja adalah sama? Sebaiknya, pendaftaran syarikat dapat disekalikan. Kerajaan bertegas untuk menelusuri hal ini," katanya lagi.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperbanyakkan lagi perkhidmatan bergerak bagi memenuhi keperluan masyarakat desa dan pendalaman, dengan peruntukan RM100 juta.
“(Program) Sejati MADANI sepertimana diumumkan bahawa setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara RM50 ribu RM100 ribu.
“Pendekatan ini merupakan suatu anjakan bagi memperkasa rakyat akar umbi untuk memutuskan sendiri aktiviti ekonomi pilihan mereka. Kerajaan hanya bertindak memantau dan memberi galakan, seraya kekuatan adalah daripada akar umbi,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#isu penjawat awam
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan