awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar

Bernama
Bernama
02/02/2026
16:15 MYT
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
Hamdan berkata empat anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi kejadian. - Gambar JBPM
KUALA LUMPUR: Satu kebakaran berlaku di kawasan hutan dianggarkan seluas 0.8 hektar di puncak bukit berhampiran sebuah apartmen di Taman Tun Abdul Razak di sini malam ini.

Ringkasan AI
  • Kebakaran berlaku di kawasan hutan seluas 0.8 hektar di puncak bukit berdekatan apartmen di Taman Tun Abdul Razak.
  • JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada 8.47 malam, dan empat anggota serta sebuah jentera dari BBP Ampang dikerahkan ke lokasi kejadian.
  • Pihak berjaya mengawal keadaan, dengan kebakaran tidak merebak ke kawasan berhampiran; tiada laluan masuk ke tempat kejadian.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hamdan Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.47 malam tadi.
Beliau berkata empat anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak bukit dan anggota bersedia di lokasi kejadian kerana tiada laluan masuk ke tempat kebakaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamdan berkata setakat ini keadaan terkawal dan api tidak merebak ke kawasan berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#puncak bukit
#panggilan kecemasan
#apartment
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami