Belanjawan 2026 bakal buka lembaran baharu, perkukuh ekonomi negara - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata menerusi Belanjawan 2025, peruntukan sebanyak RM11.96 bilion yang diterima kementerian telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasakan agenda Desa MADANI. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Ringkasan AI
- Belanjawan 2026 dijangka membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, serta menjadi asas utama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13.
- KKDW di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memanfaatkan sepenuhnya peruntukan RM11.96 bilion daripada Belanjawan 2025 untuk memperkasakan agenda Desa MADANI melalui pelbagai inisiatif pembangunan luar bandar.
- Ahmad Zahid mengajak rakyat mengikuti pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil mendoakan agar ia terus membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Setiap sen peruntukan itu diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif nyata yang memajukan komuniti desa, memperkukuh ekonomi rakyat dan menambah baik infrastruktur luar bandar," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Ahmad Zahid berkata KKDW akan terus komited melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dalam memastikan setiap dasar dan program kerajaan memberikan manfaat langsung kepada rakyat di seluruh pelosok negara," katanya.
Ahmad Zahid dalam masa sama mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mengikuti pembentangan Belanjawan 2026.
"Didoakan agar Belanjawan 2026 terus membawa kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia, insya-Allah," katanya.
Anwar akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.
Belanjawan ini merupakan kali keempat dibentangkan oleh Kerajaan MADANI pimpinan beliau, dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 sekali gus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami