awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026 diyakini beri tumpuan kepada peningkatan bantuan tunai kepada rakyat - CGSI

Dagang News
Dagang News
26/09/2025
05:20 MYT
Belanjawan 2026 diyakini beri tumpuan kepada peningkatan bantuan tunai kepada rakyat - CGSI
CGS International berkata, seiring dengan trend belanjawan sebelum ini, bantuan tunai melalui skim "Rahmah" dijangka terus bertambah selepas mencapai rekod RM15 bilion pada tahun ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini diyakini terus bersifat mesra rakyat dengan tumpuan kepada peningkatan bantuan tunai kepada rakyat selain tiada sebarang kejutan cukai baharu.

Ringkasan AI
  • Rakyat mahu Belanjawan 2026 tumpu kepada penurunan harga barang, peningkatan gaji, peluang pekerjaan dan bantuan tunai
  • Kerajaan dijangka fokus kepada pelaburan strategik, automasi, EV, kesihatan, dan pembangunan PMKS serta koperasi
  • MITI terima lebih 40 cadangan industri termasuk insentif fiskal, ESG, R&D dan pembangunan bakat untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2026

CGS International berkata, seiring dengan trend belanjawan sebelum ini, bantuan tunai melalui skim "Rahmah" dijangka terus bertambah selepas mencapai rekod RM15 bilion pada tahun ini.
Katanya, langkah tersebut dilihat penting untuk meredakan kesan pengurangan subsidi serta menyokong kuasa beli isi rumah, terutamanya menjelang siri pilihan raya negeri yang akan berlangsung sehingga separuh pertama 2027.
“Sebahagian besar langkah reformasi ekonomi utama telahpun diumumkan dan trajektori defisit fiskal berada di landasan untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) iaitu di bawah 3% menjelang 2030.
"Maka, kami menjangka tiada kejutan cukai baharu dalam belanjawan kali ini. Sebaliknya, penekanan lebih kepada inisiatif yang bersifat mesra rakyat,” katanya dalam satu nota kajian.
Selain peningkatan bantuan tunai, firma penyelidikan itu berkata, kerajaan juga dijangka memberi tumpuan kepada kebajikan penjawat awam.
Antara langkah yang mungkin diambil termasuk pemberian bonus khas seperti pada 2012 atau pelarasan gaji baharu yang lebih tinggi berbanding semakan semasa 3% hingga 7% yang dijadual berkuat kuasa Januari 2026.
CGS International berkata, belanjawan itu juga akan mengambil beberapa pendekatan untuk meningkatkan kehadiran pelancong bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Katanya, belanjawan itu juga akan menekankan perbelanjaan pembangunan berterusan (RMK13: RM430 bilion berbanding RMK-12: RM415 bilion), penyelarasan semula insentif kenderaan elektrik (EV) bagi menggalakkan pengeluaran tempatan, peruntukan lebih tinggi untuk sektor penjagaan kesihatan dan kemungkinan penilaian semula levi keuntungan luar biasa kelapa sawit.
Firma penyeludukan itu berkata, kerajaan sudah memberi beberapa petunjuk menjelang pembentangan belanjawan, termasuk melalui RMK13 yang dibentangkan Julai lalu serta beberapa jawapan di Parlimen.
"Langkah kerajaan untuk memperkenalkan cukai karbon mungkin menjadi tumpuan utama susulan pengurangan subsidi tenaga tahun ini.
"Namun, pelaksanaannya dijangka bermula dengan kadar kecil sebelum diperluaskan secara berperingkat,” katanya. -DagangNews.com
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#penurunan harga barang
#peningkatan gaji
#peluang pekerjaan
#pelaburan strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan