Skip to main content

Dunia

PBB beri amaran risiko kelaparan meningkat jika sekatan Selat Hormuz berterusan

United Nations Secretary-General Antonio Guterres speaks during a press conference, following an escalation between Hezbollah and Israel amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Beirut, Lebanon, March 14, 2026. REUTERS/Mohamed Azakir
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres memberi amaran bahawa 45 juta lagi penduduk berisiko mengalami kelaparan sekiranya sekatan di Selat Hormuz tidak ditarik balik menjelang pertengahan tahun. - Foto REUTERS/Mohamed Azakir

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres memberi amaran bahawa 45 juta lagi penduduk berisiko mengalami kelaparan sekiranya sekatan di Selat Hormuz tidak ditarik balik menjelang pertengahan tahun, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PBB di New York, Guterres menggesa semua pihak supaya segera membuka semula laluan perairan penting itu.

Advertisement

Beliau berkata perang membabitkan Amerika Syarikat dan Israel di satu pihak serta Iran di pihak lain kini memasuki bulan ketiga, sambil menambah keadaan terus merosot dari semasa ke semasa meskipun gencatan senjata berkuat kuasa.

Guterres turut menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan yang menjejaskan hak pelayaran dan kebebasan pergerakan di kawasan Selat Hormuz.

Beliau berkata situasi semasa “menjerut ekonomi global” dan memberi amaran kesannya akan berpanjangan serta dirasai di seluruh dunia.

Guterres berkata walaupun sekatan itu ditarik balik segera, rantaian bekalan global masih memerlukan beberapa bulan untuk pulih.

Beliau menegaskan keadaan berterusan itu berkemungkinan menaikkan harga dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi global.

-- BERNAMA-WAFA

 

Must Watch Video