awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar cedera motosikal disondol babi
Bomba selamatkan remaja 13 tahun dalam kebakaran pangsapuri
KTMB tawar tambang percuma, tren 24 jam sempena Thaipusam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Had pengeluaran KWSP untuk tunai haji naik kepada RM10,000

Khalis Khadir
Khalis Khadir
10/10/2025
11:29 MYT
Belanjawan 2026: Had pengeluaran KWSP untuk tunai haji naik kepada RM10,000
Perdana Menteri berkata, kemudahan pengeluaran awal gantian cuti rehat kepada penjawat awam turut diperluas untuk menunaikan haji. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunaikan ibadat haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan pengeluaran awal gantian cuti rehat (GCR) kepada penjawat awam turut diperluas untuk menunaikan haji.
"Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat haji ditingkatkan kepada RM10,000 ketimbang RM3,000.
"Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan haji terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta," katanya.
Beliau berkata demikian semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM470 bilion untuk Belanjawan 2026, dengan peruntukan RM338.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM81 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkata, kerajaan akan mengoptimum sumber negara termasuk dana GLIC sebanyak RM30 bilion, pelaburan awam-swasta (RM10 bilion) dan pelaburan badan kanun persekutuan serta syarikat MKD (RM10.8 bilion).
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Anwar Ibrahim
#KWSP
#Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan