Belanjawan 2026: Kementerian Pertahanan peroleh RM21.7 bilion, KDN terima RM21.2 bilion

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fokus peruntukan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara meliputi beberapa ikhtiar utama. - Gambar/ Japen
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM21.7 bilion, sementara Kementerian Dalam Negeri menerima RM21.2 bilion.
Ringkasan AI
- Kementerian Pertahanan menerima RM21.7 bilion dan Kementerian Dalam Negeri RM21.2 bilion dalam Belanjawan 2026, dengan fokus kepada pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan serta keselamatan bernilai RM6 bilion dan RM1 bilion masing-masing.
- Lebih RM1.5 bilion diperuntukkan untuk pembinaan dan naik taraf fasiliti badan beruniform, termasuk penggantian Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah dengan platform baharu serta peluang pekerjaan dan latihan untuk veteran ATM melalui skim PROTG.
- RM45 juta disediakan untuk Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, manakala RM12 juta untuk NSRC dan RM20 juta bagi pemerkasaan D11 PDRM dalam menangani jenayah seksual kanak-kanak di ruang siber, termasuk penubuhan Behavioural Science Unit.
“Kedua ialah menyelenggara dan membeli aset PDRM dan badan beruniform di bawah KDN berjumlah RM1 bilion. Ini termasuk perolehan baharu bagi 100 buah pickup 4x4 untuk risikan dan operasi PDRM, empat bot ronda Fast Patrol Vessel bagi Pasukan Polis Marin dan sebuah pesawat udara Maritime Surveillance Aircraft untuk APMM.
“Ketiga ialah membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform dengan kos lebih RM1.5 bilion,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Anwar menambah, bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah, Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan tamat tempoh pengoperasian pada Jun 2026 akan digantikan dengan sebuah Multi Purpose Command Platform baharu.
“Syarikat dianugerahkan kontrak perolehan MINDEF, melalui skim PROTÉGÉ akan menyediakan peluang pekerjaan untuk veteran dan di samping memberi latihan sijil dan diploma kepada angggota ATM sebelum bersara. Ini termasuk pembiayaan program Work-Based Learning dan Readiness To Work Programme,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia sejak penubuhannya juga telah menghalang masuk lebih 10,000 warga asing dan menyita barangan yang cuba dibawa secara tidak sah.
Susulan itu, sejumlah RM45 juta ringgit disediakan untuk AKPS untuk terus melindungi sempadan negara.
Mengenai isu penipuan dalam talian dan ancaman siber, Anwar berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber akan digubal bagi menanganinya dengan lebih menyeluruh.
“Antaranya ialah dengan peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang kini dikemudi secara langsung oleh PDRM agar pengendalian kes penipuan kewangan lebih pantas dan cekap. NSRC diperuntukkan RM12 juta,” ujarnya.
Beliau berkata, antara lain ialah pemerkasaan peranan D11 PDRM dalam menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber dengan peruntukan RM20 juta bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital.
Jumlah itu termasuk untuk menubuhkan Behavioural Science Unit yang menganalisis pola tingkah laku dan profil jenayah.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami