Skip to main content

Malaysia

Ibu mentua Ismail Sabri meninggal dunia

FB ISMAIL SABRI
Allahyarham Jamaliah Ngah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.30 pagi. - Gambar/ FB Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Ibu mentua kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Jamaliah Ngah, meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ismail Sabri melalui beberapa hantaran di media sosial, yang memaklumkan bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.30 pagi.

Advertisement

Dalam perkongsian tersebut, beliau menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam dan memohon orang ramai menghadiahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

“Al-Fatihah dan salam takziah. Allahyarham Jamaliah binti Ngah telah kembali ke rahmatullah pada 10 Mac 2026. Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkan dia, muliakanlah tempat tinggalnya. Jadikan syurga tempatnya,” tulis beliau dalam Insta Story.

Ismail Sabri dalam perkongsian di Facebook turut menggambarkan Allahyarham sebagai insan yang sangat dekat di hati keluarga, memiliki kelembutan peribadi dan senyuman yang menjadi kenangan abadi buat mereka.

“Kehilangan yang amat dirasai oleh kami sekeluarga atas pemergian ibu mertua saya yang tercinta… Keperibadiannya yang lembut dan senyumannya yang sentiasa terukir di wajah akan terpahat sebagai memori indah buat kami,” kata beliau.

Menurutnya lagi, seluruh ahli keluarga amat terkesan dengan pemergian itu, khususnya kerana Allahyarham menjadi penyeri dan pengikat hubungan kekeluargaan.

 

 

Must Watch Video