awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Kerajaan MADANI sediakan RM1.26 bilion untuk kebajikan 180 ribu warga emas

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/10/2025
12:30 MYT
Belanjawan 2026: Kerajaan MADANI sediakan RM1.26 bilion untuk kebajikan 180 ribu warga emas
Anwar berkata, langkah itu sebagai sebahagian daripada persediaan bagi menjamin kesejahteraan hidup warga emas, sambil memperkukuh ekonomi penjagaan dan solidariti sosial. - Gambar JaPen
KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal menyediakan dana RM1.26 bilion untuk peruntukan kebajikan 180 ribu warga emas, khusus untuk wang saku, bantuan sosioekonomi dan pusat aktiviti.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu sebagai sebahagian daripada persediaan bagi menjamin kesejahteraan hidup warga emas, sambil memperkukuh ekonomi penjagaan dan solidariti sosial.
Jelas beliau, kerajaan juga akan menggubal Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 sebagai panduan strategik menyeluruh yang bakal diluncur semasa New Frontiers on Care Conference peringkat ASEAN November ini.
"Manakala Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan pembinaan ekosistem perkhidmatan penjagaan yang mampan, berkualiti, mudah diakses dan mampu bayar.
“Kerajaan akan membangunkan piawaian nasional bagi sektor penjagaan, yang menjadi asas kepada pengiktirafan sektor ini sebagai satu bidang profesional.
"KPWKM akan menawarkan kursus TVET bagi care workers dengan peruntukan RM5 juta.
“KWAP dengan komitmen 300 juta ringgit telah merintis projek rumah warga emas mandiri di atas tanah Baitulmal di Kepala Batas, Pulau Pinang dengan kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
"KWAP juga sedang menilai potensi projek serupa di lokasi lain bagi memanfaat lebih ramai warga emas berpendapatan rendah," katanya semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat.
Dalam pada itu kata Anwar, kerajaan juga bersetuju untuk memberi potongan cukai dua kali bagi syarikat yang menaja latihan bagi OKU diperluas kepada penajaan program latihan pekerja jagaan (care worker) yang diiktiraf KPWKM.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#ASEAN
#TVET
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan