awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Kerajaan perkenal ABE, permudah urusan pelabur

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2025
12:45 MYT
Belanjawan 2026: Kerajaan perkenal ABE, permudah urusan pelabur
Anwar berkata, ABE memudah cara pergerakan bakat mahir, sekali gus menyokong pertumbuhan syarikat Malaysia di ASEAN. - Gambar JaPen
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan Status ASEAN Business Entity (ABE) yang diselaras Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang diberikan kepada syarikat senaraian awam yang memiliki jejak pasaran meluas di ASEAN dan syarikat pertengahan berpotensi mengembangkan operasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ABE memudah cara pergerakan bakat mahir, sekali gus menyokong pertumbuhan syarikat Malaysia di ASEAN.
"Skim Insentif Pejabat Keluarga Tunggal yang diwartakan untuk Zon Kewangan Khas Forest City menempa kejayaan besar susulan lulusnya enam Pejabat Keluarga dengan aset di bawah pengurusan (AUM) hampir 400 juta ringgit dalam tempoh kurang setahun.
"30 lagi pejabat keluarga telah menyatakan minat. Malaysia di landasan tepat untuk mencapai 2 bilion ringgit AUM pada penghujung 2026. Investor Pass yang diterajui MIDA menyediakan kemudahan Multiple Entry Visa sehingga 12 bulan kepada pelabur asing.
"MIDA akan lebih proaktif untuk tidak hanya menunggu permohonan tetapi menawarkan Investor Pass kepada syarikat multinasional dan bakal pelabur dalam sektor utama seperti E&E," katanya semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat.
Tambah Anwar, kerajaan akan melipatgandakan sokongan dalam sektor bernilai tinggi di mana RM200 juta Dana Pelaburan Bersama Strategik akan menyediakan dana padanan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pertengahan yang mengukuhkan rantaian bekalan sektor utama melalui platform Pendanaan Ekuiti (ECF) dan Pembiayaan Rakan Setara (P2P).
"Sebanyak RM180 juta Dana Pembangunan Industri (NIMP) bagi membiayai program pembangunan industri di bawah sektor berimpak tinggi seperti farmaseutikal, semikonduktor, AI, digital dan kelestarian," katanya.
Sementara itu, di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) menyediakan pinjaman RM500 juta bagi menyokong aktiviti nilai tambah tinggi seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutamanya oleh syarikat tempatan yang menyokong ekosistem E&E.
"Khazanah dan KWAP turut melabur RM550 juta dalam ekosistem semikonduktor dalam usaha meningkatkan usaha sama firma tempatan dan syarikat multinasional.
"Seterusnya, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) melalui ikhtiar GEAR-uP meningkatkan pelaburan dalam negara kepada RM30 bilion, ketimbang RM25 bilion tahun ini," katanya.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Forest City
#ASEAN
#Belanjawan 2026
#semikonduktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan