awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat

Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL

Bernama
Bernama
01/02/2026
14:16 MYT
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Kelantan TRW sebelum ini telah dikenakan tiga sekatan perpindahan pemain oleh FAM, MFL dan FIFA susulan kes tunggakan gaji pemain musim 2025/2026.
KUALA LUMPUR: Kelab Kelantan The Real Warriors (TRW) kini boleh menarik nafas lega selepas sekatan perpindahan pemain terhadap mereka ditarik balik berkuat kuasa hari ini.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan badan itu telah menerima surat pengesahan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bahawa kes tunggakan gaji yang dilaporkan sebelum ini, termasuk kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), telah diselesaikan oleh Kelantan TRW.
"Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) juga memaklumkan secara rasmi kepada MFL bahawa mereka telah menerima dokumen perjanjian penyelesaian melibatkan 23 pemain musim lalu bersama Kelantan TRW. Dengan itu, sekatan perpindahan pemain boleh ditarik balik," menurut kenyataan itu.
Kelantan TRW sebelum ini telah dikenakan tiga sekatan perpindahan pemain oleh FAM, MFL dan FIFA susulan kes tunggakan gaji pemain musim 2025/2026.
Pasukan itu kini menghuni kedudukan ke-10 dalam saingan Liga Super 2025/2026 dengan mengumpul 15 mata selepas 16 perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekatan
#perpindahan pemain
#Kelantan
#TRW
#MFL
#tunggakan gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.