[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
BISNES

Belanjawan 2026: Kerajaan perlu tumpu isu kos sara hidup - Tinjauan

Astro Awani 23/09/2025 | 11:30 MYT
Menerusi tinjauan dalam talian #SuaraAndaSuaraMalaysia oleh Astro AWANI, 74.16 peratus daripada 449 responden menumpukan isu kos sara hidup. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup perlu menjadi tumpuan utama dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan kelak.

Menerusi tinjauan dalam talian #SuaraAndaSuaraMalaysia oleh Astro AWANI, 74.16 peratus daripada 449 responden menumpukan isu kos sara hidup.

Isu pendidikan di kedudukan kedua dengan 11.8 peratus responden, diikuti isu pekerjaan 7.57 peratus dan kesihatan 6.46 peratus.

Tinjauan ini disertai oleh 449 responden sejak Ahad lalu.


Astro AWANI membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan berkongsi pandangan menjelang pembentangan Belanjawan 2026.

Menerusi inisiatif tersebut, orang ramai terbuka untuk menyertai kuiz khas yang mengandungi soalan penting berkaitan isu kos sara hidup, subsidi, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, cukai, serta hala tuju ekonomi negara.

Soalan baharu akan dikemas kini setiap dua hari, sehinggalah menjelang sehari sebelum Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober nanti.

Soalan kedua dalam tinjauan ini bermula hari Selasa hingga Khamis depan. Sertai sekarang!






#Belanjawan 2026 #Suara Rakyat Suara Malaysia #kos sara hidup #subsidi