awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gua Tempurung bakal dibangun sebagai hab ekopengembaraan bertaraf antarabangsa
234 sekolah agama seluruh negara berdaftar sebagai SABK - KPM
Ikon sinema Iran Majid Majidi ke Malaysia, kongsi ilmu filem di IFF 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Kesedaran belia terhadap re-skilling dan up-skilling kunci tangani pengangguran

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2025
23:30 MYT
Belanjawan 2026: Kesedaran belia terhadap re-skilling dan up-skilling kunci tangani pengangguran
Dengan kesedaran yang lebih tinggi terhadap keperluan re-skilling dan up-skilling, belia Malaysia dapat bersedia menghadapi cabaran ekonomi moden serta mengurangkan risiko pengangguran jangka panjang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Isu pengangguran dalam kalangan belia yang terus menjadi perhatian tahunan memerlukan pendekatan baharu, bukan sekadar peningkatan peruntukan, tetapi transformasi cara belia mempersiapkan diri menghadapi pasaran kerja masa depan.
Menurut Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, meskipun Belanjawan 2026 memperlihatkan komitmen kerajaan meningkatkan peruntukan pembangunan belia, cabaran sebenar terletak pada pelaksanaan dasar yang memastikan pekerjaan dan gaji bermaruah, terutamanya di kawasan bandar seperti Lembah Klang.
Beliau menekankan bahawa isu pengangguran bukan hanya soal angka, tetapi melibatkan faktor struktur dan kualiti pekerjaan.
"Di kawasan ini, beberapa sektor kini memerlukan gaji minimum RM1,800 hingga RM3,000, tetapi realiti pekerjaan menunjukkan kadar 'mismatch' antara kemahiran belia dan permintaan industri masih tinggi,
“Isu utama bukan sekadar pengangguran, tetapi mismatch kemahiran, gaji yang setimpal dan peluang pekerjaan bermaruah.
"Kita perlu beri kesedaran kepada belia tentang kepentingan re-skilling dan up-skilling agar mereka bersedia menghadapi ekonomi digital menjelang 2030," katanya dalam diskusi Dialog Poket Rakyat terbitan Astro AWANI yang disiarkan pada Jumaat.
Dialog Poket Rakyat: Belanjawan 2026, belanjawan rakyat?
Jelasnya, antara faktor pengangguran adalah kurangnya maklumat pekerjaan, gaji yang tidak setimpal, serta persepsi masyarakat yang masih menganggap pendidikan dan latihan teknikal (TVET) sebagai pilihan kedua.
“TVET bukan sekadar pilihan kedua. Ia wajar dijadikan enjin utama (thrive engine) dalam pembangunan tenaga muda negara. Stigma lama perlu diubah supaya belia melihatnya sebagai peluang sebenar untuk maju.”
Inisiatif seperti K-Youth dan Khazanah MySTEP, yang menyediakan latihan sebelum belia memasuki pasaran kerja, dilihat sebagai langkah positif.
Namun, beliau berpandangan, keberkesanannya bergantung kepada kesedaran belia sendiri untuk melengkapkan diri dengan kemahiran baharu, khususnya dalam bidang digital, AI, dan teknologi maklumat.
Selain meningkatkan peruntukan, kerajaan perlu membentuk naratif baharu bahawa kemahiran teknikal dan digital bukan sekadar alternatif, tetapi masa depan pekerjaan itu sendiri.
Seiring langkah kerajaan memperkukuh pelaburan dalam latihan, pendidikan, dan peluang pekerjaan, Mohd Izzat menekankan bahawa transformasi minda belia sama pentingnya.
Dengan kesedaran yang lebih tinggi terhadap keperluan re-skilling dan up-skilling, belia Malaysia dapat bersedia menghadapi cabaran ekonomi moden serta mengurangkan risiko pengangguran jangka panjang.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Pembangunan Belia
#pengangguran
#kemahiran gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan