Belanjawan 2026 perlu perkasa integriti, tangani rasuah - KP SPRM

Azam berkata erkata ketegasan itu penting bagi memastikan semua agensi penguatkuasaan dapat bergerak secara bersama dan menyeluruh dalam membanteras salah laku rasuah. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyuarakan harapan agar pembentangan Belanjawan 2026 esok akan memperlihatkan ketegasan kerajaan dalam menangani isu integriti, rasuah serta memperkasakan peranan agensi penguatkuasaan di seluruh negara.
Ringkasan AI
- SPRM harap Belanjawan 2026 tegaskan usaha integriti dan antirasuah, termasuk memperkasakan peranan agensi penguatkuasaan.
- Fokus SPRM tahun ini ialah mengurangkan ketirisan dan membanteras kes bersindiket yang melibatkan kerugian besar kepada negara.
- Strategi SPRM menekankan pemulihan dana awam yang hilang, sejajar dengan komitmen membanteras rasuah secara sistematik dan berkesan.
"Sebab itulah pada awal tahun ini, saya telah umumkan bahawa fokus SPRM adalah untuk mengurangkan ketirisan serta menumpukan kepada kes-kes bersindiket yang melibatkan kerugian kewangan besar kepada negara," katanya ketika berucap pada Konvensyen Antirasuah 2025 anjuran Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR) di sini hari ini.
Beliau berkata strategi tahun ini juga berpaksikan usaha memulihkan dana awam yang hilang atau dicuri, sejajar dengan komitmen SPRM untuk membanteras rasuah secara sistematik dan berkesan.
Turut hadir Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) merangkap Penasihat PAKAR Datuk Seri Shamshun Bahrin Mohd Jamil.
Belanjawan 2026 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat esok.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami