KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor hari ini membentangkan Belanjawan Selangor 2022 bernilai lebih RM2.34 billion.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, daripada jumlah itu sebanyak RM1.2 bilion atau 52 peratus diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus, manakala RM1.1 bilion atau 48 peratus bagi Perbelanjaan Pembangunan.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,220,000,000.00 atau 52 peratus diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus dan RM1,123,000,000 atau 48 peratus untuk Perbelanjaan Pembangunan.

"Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2,050,000,000.

"Antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun 2022 adalah Premium Tanah iaitu sebanyak RM906.33 juta bersamaan 44.21 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Selangor tahun 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Jumaat.

Sementara itu, daripada peruntukan Pembangunan, jelas Amirudin sebahagian besar diperuntukkan bagi tujuan pembangunan ekonomi melibatkan Pembangunan Infrastruktur sebanyak RM351.78 juta atau 31.33 peratus.

"Manakala sebanyak RM301.57 juta ataupun 26.85 peratus pula diperuntukkan bagi tujuan pembangunan sosial, dan sebanyak RM292.28 juta pula diperuntukkan bagi tujuan pembangunan ekonomi, iaitu bersamaan dengan 26.03 peratus," jelas Amirudin lagi.

Perbelanjaan Mengurus

Bagi anggaran Perbelanjaan Mengurus dalam Belanjawan 2022 jelas Amirudin, mengalami defisit lebih RM222 juta berbanding tahun 2021.

Ia melibatkan penyediaan peruntukan pembangunan yang substantif bagi mengukuhkan pemacuan ekonomi pasca pandemik COVID-10 sekaligus membina negeri tahan uji dalam pelbagai aspek.

"Anggaran perbelanjaan Mengurus sebanyak RM1.220 bilion bagi tahun 2022 adalah merangkumi perbelanjaan bagi Emolumen berjumlah RM446.73 juta.

"Perkhidmatan dan Bekalan berjumlah RM530.81 juta, Aset berjumlah RM11.79 juta, Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap berjumlah RM191.14 juta serta RM39.53 juta untuk Perbelanjaan-perbelanjaan Lain," jelasnya.

Manakala jelasnya bagi Perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan mencakupi 43.51 peratus daripada Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri.

"Jumlah ini termasuk antaranya kenaikan Elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Baru/Bagan dan Ketua Komuniti India (KKI) sebanyak RM3.9 juta.

"Peruntukan bagi Elaun Jawatankuasa dan Petugas Masjid RM6.5 juta serta Sewaan Bangunan Ibu Pejabat dan Sembilan buah Mahkamah Rendah Syariah (MRS) berjumlah RM17.67 juta," jelasnya lagi.

Perbelanjaan Pembangunan

Daripada peruntukan pembangunan, jelas Amirudin sebahagian besar diperuntukkan bagi tujuan pembangunan ekonomi melibatkan Pembangunan Infrastruktur sebanyak RM351.78 juta atau 31.33 peratus.

"Manakala sebanyak RM301.57 juta ataupun 26.85 peratus pula diperuntukkan bagi tujuan pembangunan sosial, dan sebanyak RM292.28 juta pula diperuntukkan bagi tujuan pembangunan ekonomi, iaitu bersamaan dengan 26.03 peratus," jelas Amirudin lagi.

Kita Selangor, Negeri Tahan Uji

Bertemakan Kita Selangor, Negeri Tahan Uji, Belanjawan Selangor 2022 mengariskan lima teras utama.

Pertama: Memacu Pertumbuhan Ekonomi Berimpak Tinggi dan Meningkatkan Kecekapan Penyampaian

Kedua: Membangun Masyarakat Penyayang dan Kesejahteraan Sosial

Ketiga: Mengukuhkan Agenda Kesihatan Awam Selangor

Keempat: Mewujudkan Persekitaran Hijau dan Pembangunan Lestari

Kelima: Mengoptimumkan Teknologi Pintar dan Digitalisasi