KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menyaksikan pelabur asing mengekalkan status mereka sebagai pembeli bersih untuk minggu kedua berturut-turut minggu lepas, mencatatkan belian ekuiti tempatan berjumlah sehingga RM676.7 juta -- hampir empat kali ganda daripada jumlah yang dibeli minggu sebelumnya.
Menurut MIDF Research, aktiviti pembelian dilihat setiap hari dagangan dalam minggu berkenaan, dengan Isnin mencatatkan aliran masuk tertinggi berjumlah RM359.2 juta.
"Tiga sektor utama dengan aliran masuk asing bersih ialah perkhidmatan kewangan (RM194.4 juta), utiliti (RM123.1 juta) dan penjagaan kesihatan (RM111.3 juta).
"Sementara itu, hanya tiga sektor yang mencatat aliran keluar bersih asing iaitu tenaga (-RM23.8 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (-RM23.1 juta) dan REIT (-RM1.5 juta)," katanya dalam laporan Aliran Dananya untuk minggu berakhir 10 Nov.
Firma penyelidikan itu berkata institusi tempatan merekodkan penjualan bersih sebanyak -RM551.2 juta minggu lepas, menandakan minggu kedua berturut-turut penjualan bersih.
Aliran keluar tertinggi berlaku pada Isnin pada RM226.9 juta
Peruncit tempatan juga melanjutkan trend penjualan bersih mereka untuk minggu kelima berturut-turut, dengan penjualan bersih sebanyak RM125.5 juta.
Aliran keluar dilihat pada hari dagangan Isnin hingga Rabu, manakala Khamis dan Jumaat masing-masing mencatatkan aliran masuk RM13.0 juta dan RM29.7 juta.
Dari segi penyertaan, purata jumlah dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing meningkat sebanyak 8.5 peratus, peruncit tempatan 10.1 peratus dan institusi tempatan sebanyak 11.2 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Aktiviti pembelian dilihat setiap hari dagangan dalam minggu berkenaan, dengan Isnin mencatatkan aliran masuk tertinggi berjumlah RM359.2 juta. - Gambar fail/Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.