awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bellew nafi khabar angin sertai semula Ryanair

Bernama
Bernama
27/09/2017
13:55 MYT
Bellew nafi khabar angin sertai semula Ryanair
Bellew (kiri) memberitahu beliau sudah berada lama di Malaysia dan amat berbangga menjadi sebahagian daripada pelan transformasi MAB. - Gambar fail
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB) Peter Bellew telah menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai semula syarikat penerbangan tambang rendah dari Ireland, Ryanair Ltd.
Anak kelahiran Ireland itu, memberitahu beliau sudah berada lama di Malaysia dan amat berbangga menjadi sebahagian daripada pelan transformasi MAB.
"Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada MAB. Lebih lama saya di sini, semangat saya semakin berkobar dengan kerja yang saya buat.
"Saya amat gembira berada di sini dan ini akan menjadi pencapaian terhebat dalam hidup saya jika saya berhasil memulihkan syarikat penerbangan ini," katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak menyangka akan dilantik sebagai CEO apabila datang ke Malaysia.
Ryanair Ltd yang ditubuhkan pada 1984, beribu pejabat di Swords, Dublin.
Bellew bertugas selama sedekad di Ryanair sebelum menyertai Malaysia Airlines pada akhir 2015, awalnya sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum dinaikkan pangkat sebagai CEO pada pertengahan 2016.
Semasa bekerja dengan Ryanair, beliau telah memegang pelbagai jawatan merangkumi bahagian operasi, latihan, jualan dan pemasaran, ini memberikan pendedahan yang luas kepada pendekatan Michael O'Leary yang unik dalam mengendalikan syarikat penerbangan.
Malaysia merupakan negara yang paling indah beliau pernah berada dan menganggap rakyat negara ini serupa dengan orang Ireland.
"Saya cukup bernasib baik kerana diberi peluang ini serta saya akan buat yang terbaik dan bekerja keras untuk beroleh kejayaan," katanya.
Bellew telah dilantik sebagai CEO Malaysia Airlines pada 1 Julai 2016, menggantikan Christopher Muller yang melepaskan tanggungjawab atas sebab-sebab peribadi.
Pelan penstrukturan semula MAB yang bernilai RM6.0 bilion, telah dimulakan pada Ogos 2014 dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#operasi
#penerbangan
#penerbangan Malaysia
#peter bellew
#Ryanair
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan