awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada keputusan muktamad berhubung Proton - Mustapa

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/04/2016
07:49 MYT
Belum ada keputusan muktamad berhubung Proton - Mustapa
Menurut Mustapa, lebih RM13 bilion bantuan diberikan kepada Proton sejak 1983. - Gambar fail
Kerajaan perlu telus dan memaklumkan kepada rakyat kedudukan sebenar Proton, sebelum sebarang keputusan muktamad berhubung masa depan Proton dibuat.
Dalam hal ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan, ini termasuk mengambil kira kepentingan lebih 12,000 pekerja Proton, vendor dan pembekal yang berkait dengan syarikat automotif negara itu.
Jelas Mustapa, kerajaan pada dasarnya bersedia membantu Proton, namun terpaksa meletakkan syarat tertentu kerana bantuan akan melibatkan dana yang besar.
"Tapi kita cukup faham, Proton ini satu jenama nasional, melibatkan 12,000 pekerja, kita melihat semua perkara, dan mahu berlaku adil kepada pekerja, termasuk vendor,"
"Proton pun kerajaan nyatakan kita akan bantu tapi ada syarat yang akan dikenakan, kalau kerajaan setuju berikan bantuan tanpa sebarang ikatan kerana jumlahnya jika disetujui amat besar,"
"Kerana itu kerajaan masih mempertimbangkan, dan belum membuat sebarang keputusan lagi," jelas Mustapa.
Mustapa memaklumkan beliau dipertanggungjawabkan oleh kabinet untuk menerangkan kepada rakyat kedudukan sebenar Proton sebelum sebarang keputusan dibuat.
Sehubungan itu, kenyataannya yang pada Jumaat tidak berniat memburukkan Proton.
Sehingga kini Mustapa menegaskan lebih RM13 bilion bantuan diberikan kepada Proton sejak 1983.
Topic Berkaitan
#Kerajaan perlu telus dan memaklumkan kepada rakyat kedudukan sebenar Proton
#Mustapa Mohamed
#sebelum sebarang keputusan muktamad berhubung masa depan Proton dibuat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan