KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mencontohi strategi Korea Selatan, Jepun dan Taiwan dengan memberi tumpuan kepada kualiti berbanding kuantiti, apabila berkaitan pelaburan langsung asing (FDI), kata seorang ahli ekonomi terkemuka.
Prof Datuk Dr Rajah Rasiah, profesor ekonomi terkemuka di Institut Asia-Eropah Universiti Malaya, berkata negara-negara ini terlibat dalam teknologi yang terkini dan amat memilih apabila berkaitan FDI.
Selain daripada menilai pelaburan sebelum meluluskannya, katanya antara strategi yang digunakan oleh negara-negara ini ialah menandatangani perjanjian pemindahan teknologi dengan rakan usaha sama (JV) asing mereka.
"Dalam kebanyakan perkara, syarikat nasional akan mengambil alih syarikat JV, menilai teknologi mereka dan memasarkan produk. Lihat apa yang telah dicapai oleh negara-negara ini pada hari ini?
"Kita tidak menggunakan perjanjian sedemikian...kita hanya menerima apa sahaja bentuk perjanjian di sini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Ditanya sama ada bersikap memilih mengenai FDI akan mengehadkan aliran masuk pelaburan ke negara ini, beliau menolak pemikiran tersebut.
Beliau berkata Jepun, Taiwan dan Korea Selatan tidak pernah bimbang mengenainya, berikutan menarik FDI yang sesuai adalah perkara yang paling penting.
"Apabila mereka telah menarik FDI tersebut, mereka akan memastikan matlamat mereka tercapai, berbanding melihat pelaburan itu mewujudkan ketirisan dan ekonomi tidak mendapat manfaat daripadanya.
"Secara ringkasnya, kita perlu memilih kualiti berbanding kuantiti," katanya.
Pekerja Asing Berlebihan - Kesan Sampingan daripada FDI Lemah
Mengenai kesan sampingan daripada FDI yang lemah, Rajah berkata jumlah pekerja asing yang berlebihan di Malaysia adalah antaranya, berikutan ekonomi berkembang pada kadar yang tidak mampan pada 1990-an.
"Maksud saya, sejumlah besar FDI boleh mewujudkan semula situasi yang berlaku antara 1990 dan 1997 apabila penawaran tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi.
"Permintaan terhadap infrastruktur begitu besar pada masa itu, justeru, kita terpaksa menggaji sejumlah besar pekerja asing untuk memenuhi (permintaan daripada) FDI yang kita tidak seharusnya membawa masuk, dan itu telah mengurangkan kapasiti kita untuk meningkatkan pelaburan kita kepada aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi," katanya.
Menurut Rajah, memilih pelaburan yang berkualiti tinggi - terutamanya yang mempunyai program pemindahan pengetahuan teknologi - akan membantu Malaysia mencapai matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, seperti lebih ramai jurutera yang bergaji tinggi atau juruteknik berkemahiran tinggi akan dilahirkan.
"Ingat, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diukur oleh (faktor) nilai tambah, terdiri daripada upah, gaji dan keuntungan.
"Upah dan gaji hanya dapat naik dengan cepat jika kita beralih daripada aktiviti nilai tambah rendah kepada aktiviti nilai tambah tinggi," katanya.
Belum Terlambat untuk Memilih
"Kita perlu memastikan bahawa terdapat penyelarasan yang lebih baik antara universiti dan industri supaya sebarang penyelidikan yang dilakukan, dimanfaatkan oleh industri, dan masyarakat akan mendapat manfaat secara keseluruhannya berikutan ia akan meningkatkan daya saing syarikat Malaysia," katanya.
Malaysia Catat Lebihan Akaun Semasa 2020 Mengagumkan Meskipun Dilanda Pandemik
Mengenai prestasi pelaburan Malaysia bagi 2020, Rajah berkata beliau kagum dengan prestasi pelaburan Malaysia pada tahun lepas yang menyaksikan lebihan akaun semasa pada 2020 berkembang kepada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun meskipun ekonomi terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
"Saya berpendapat Malaysia telah melakukan yang terbaik. Saya terkejut dengan prestasi pelaburan kita dengan pandemik pada tahun lepas," katanya.
Rajah memuji langkah segera kerajaan dalam menangani isu logistik dalam keadaan pandemik COVID-19 bagi memastikan rantaian bekalan tidak akan terganggu ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
"Kita telah mengeksport sejumlah besar sarung tangan, pelitup muka dan sebagainya. Oleh itu, dari segi ekonomi, saya berpendapat kita telah melakukan yang terbaik," katanya.
Pada Februari, Jabatan Perangkaan mengumumkan bahawa Malaysia merekodkan lebihan akaun semasa sebanyak RM62.1 bilion pada 2020, lebihan tertinggi dalam tempoh sembilan tahun sejak 2011 yang dipacu prestasi akaun barangan yang memuaskan serta defisit pendapatan utama dan sekunder yang lebih rendah.
Mengenai laporan berita bahawa pelabur asing kini memilih negara-negara jiran berbanding Malaysia, Rajah menjelaskan ketidaktentuan politik adalah agak membimbangkan berikutan pelabur antarabangsa sering bimbang mengenai kestabilan politik sesebuah negara.
"Apabila terdapat persekitaran politik yang tidak menentu, itu adalah respons yang kita dapat, berikutan pelabur akan menjauhkan diri daripada risiko atau ketidaktentuan," katanya.
Jangkaan
Mengenai jangkaannya terhadap FDI, Rajah berharap negara dapat menarik lebih banyak FDI yang mempunyai tahap aktiviti yang lebih tinggi agar dapat menjadi sebagai penanda aras kepada syarikat tempatan.
Beliau juga berharap FDI dapat memberikan persekitaran kerja yang membolehkan pekerja Malaysia mendapat pengalaman dan pengetahuan, seterusnya menubuhkan syarikat nasional dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh daripada syarikat asing.
Rajah turut berharap FDI akan mewujudkan hubungan yang melengkapi berbanding hubungan penggantian dengan syarikat nasional.
"Dalam situasi ini, pelaburan asing tidak memusnahkan syarikat tempatan, sebaliknya mereka akan melengkapkan dan membantu mereka supaya sama-sama dapat berkembang," katanya.
Pada Mac, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan bahawa Malaysia telah kehilangan pelaburan asing daripada syarikat multinasional kepada negara-negara jiran.
Sebaliknya, beliau menegaskan Malaysia telah menjadi lebih memilih dalam agenda pelaburannya, menyasarkan untuk menarik pelaburan berkualiti yang dijangka memberi impak yang ketara kepada seluruh ekonomi domestik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021
Kerajaan perlu mencontohi strategi Korea Selatan, Jepun dan Taiwan dengan memberi tumpuan kepada kualiti berbanding kuantiti, apabila berkaitan pelaburan langsung asing (FDI), kata seorang ahli ekonomi terkemuka. - Foto BERNAMA
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.