KUALA LUMPUR: Bilangan rakyat Malaysia yang hidup di bawah garisan kemiskinan negara iaitu AS$10 (RM41.84) per individu per hari, dijangka akan menurun secara berperingkat dengan kadar kemiskinan akan kembali kepada zaman pra-pandemik COVID-19, menjelang 2022.
Tinjauan Kemiskinan Makro oleh Kumpulan Bank Dunia yang diterbitkan hari ini melaporkan, ekonomi negara pula dijangka berkembang sebanyak 3.3 peratus untuk tahun 2021 iaitu penurunan sebanyak 1.2 mata peratusan berbanding unjuran awal sejak Jun tahun ini.
Namun laporan itu menyebut, pandemik COVID-19 telah menyebabkan pekerjaan tidak sekata serta kejutan pendapatan khususnya dalam kalangan pekerja berkemahiran rendah, pekerja tidak formal serta golongan berpendapatan rendah.
“Kebimbangan yang timbul ialah pemulihan juga tidak sekata dengan populasi rentan berisiko untuk menerima kesan ketidakseimbangan yang akhirnya terdedah kepada ancaman ketaksamaan.
“Kepantasan serta trajektori untuk pemulihan bergerak ke hadapan bergantung kepada beberapa faktor, antaranya kepantasan program vaksinasi negara serta keberkesanan langkah-langkah menangani pandemik COVID-19,” menurut dokumen itu lagi.
Kumpulan Bank Dunia juga berkata, kemajuan program vaksinasi boleh meringankan tekanan terhadap sistem kesihatan dan membolehkan kelonggaran terhadap beberapa langkah pembendungan COVID-19.
Dalam masa sama, Kumpulan Bank Dunia berkata, ada keperluan untuk meningkatkan ujian saringan dan mekanisme pengesanan bagi meminimumkan risiko peningkatan kes pada masa akan datang.
Sementara itu, dalam kenyataan media berlainan, Kumpulan Bank Dunia berkata, pemulihan bagi rantau Asia Timur dan Pasifik telah dilemahkan oleh penularan varian Delta, sekali gus melanjutkan lagi tekanan untuk syarikat serta isi rumah.
Situasi itu, jelas bank berkenaan, akan melambatkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan ketaksamaan.
“Ketika ekonomi China diunjurkan berkembang sebanyak 8.5 peratus, negara-negara di rantau itu dijangka berkembang pada 2.5 peratus, hampir 2 mata peratusan kurang berbanding unjuran yang dilakukan pada April 2021.
“Kadar pekerjaan serta penyertaan tenaga buruh telah menurun, dengan hampir 24 juta individu tidak dapat melepaskan diri dari kemiskinan pada tahun 2021,” menurut laporan itu lagi.
Kumpulan Bank Dunia berkata, di sebalik keadaan tersebut, timbul peluang bagi semua negara terbabit untuk menghasilkan polisi yang boleh mempromosi pertumbuhan yang saksama.
Antaranya, polisi makroekonomi perlu menyokong pertumbuhan; sistem perlindungan sosial perlu memastikan keterangkuman serta penggunaan teknologi untuk menggalakkan produktiviti, menambahbaik pembelajaran, serta menukar institusi negara.
Firdaus Azil
Tue Sep 28 2021
Bilangan rakyat hidup di bawah garisan kemiskinan negara, iaitu AS$10 (RM41.84) per individu per hari, dijangka menurun secara berperingkat. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Malaysia perlu tingkat usaha agar semua nikmati manfaat ekonomi - Mustapa
Walaupun kekal optimis terhadap unjuran ekonomi bagi tempoh terdekat, Malaysia perlu berusaha bagi memastikan agar pertumbuhan, pemulihan ekonomi tersebut dapat dikongsi secara saksama semua rakyat.
Bilangan rakyat miskin dijangka berkurangan, kadar kemiskinan kembali ke pra-pandemik COVID-19 menjelang 2022
Bilangan rakyat hidup di bawah garisan kemiskinan negara, iaitu AS$10 (RM41.84) per individu per hari, dijangka menurun secara berperingkat
Malaysia perlu pelan pelaburan jangka panjang
Jika pada Januari lepas, ramai pemimpin korporat antarabangsa telah mengkritik kerajaan PN secara terbuka di LinkedIn atas kemerosotan negara dalam menarik pelaburan.
Rakyat Malaysia dijangka bekerja lebih lama pada masa depan - Mustapa Mohamed
Lebih daripada 7 peratus daripada populasi penduduk negara ini akan berusia 65 tahun ke atas pada 2020, menjadikan Malaysia sebuah negara tua.
Malaysia kekal kedudukan antara 20 negara tertinggi bagi kemudahan perniagaan
Malaysia berada pada kedudukan ke-18 dari 189 buah negara di dunia dari segi kemudahan menjalankan perniagaan bagi tahun 2015.