KUALA LUMPUR: BMI mengekalkan unjuran defisit belanjawan kerajaan Malaysia 2023 pada 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding 5.6 peratus pada 2022.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini, cabang Fitch Solutions itu berkata unjuran itu tinggi sedikit berbanding unjuran kerajaan, iaitu pada 5.0 peratus.
"Sehingga separuh pertama 2023, hasil dan perbelanjaan kerajaan persekutuan hampir seiring dengan unjuran yang ditetapkan pada awal tahun, dan trajektori ini, kami percaya bahawa kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasarannya.
"Melihat ke hadapan, kami menjangkakan defisit belanjawan akan menguncup kepada 4.3 peratus daripada KDNK pada 2024," katanya.
Sementara itu, BMI juga meramalkan pertumbuhan hasil menjadi perlahan sedikit kepada 15.3 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 16.5 peratus daripada KDNK pada 2022 disebabkan oleh pengurangan cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk pendapatan tertentu.
"Sehingga separuh pertama 2023, kutipan hasil kerajaan persekutuan berada pada 51.1 peratus daripada sasaran bagi 2023 dan berada di atas purata lima tahun sebanyak 47.8 peratus.
"Kutipan hasil bagi separuh pertama 2023 berada pada RM148.4 bilion, naik 16.8 peratus tahun ke tahun dan terutamanya disebabkan oleh peningkatan kutipan hasil cukai," katanya.
Ia berkata jumlah hasil cukai daripada cukai langsung dan tidak langsung meningkat 17.4 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2023 kepada RM54.7 bilion.
"Daripada jumlah ini, kenaikan cukai langsung yang dikutip disebabkan oleh cukai pendapatan yang lebih tinggi mengatasi penurunan levi keuntungan durian runtuh ke atas minyak sawit mentah, yang membawa kepada cukai tidak langsung yang lebih rendah," katanya.
Di samping itu, BMI menjangkakan jumlah hutang kerajaan mencecah 60.8 peratus daripada KDNK pada 2023, menandakan peningkatan kecil daripada 59.6 peratus daripada KDNK pada 2022, angka tersebut berada di bawah had hutang berkanun yang disemak semula pada 65.0 peratus.
"Selain itu, sehingga Jun 2023, jumlah hutang kerajaan persekutuan sebanyak RM1,145.0 bilion (60.6 peratus daripada KDNK) adalah sejajar dengan ramalan kami.
"Daripada ini, 97.3 peratus daripada jumlah hutang kerajaan adalah sekuriti dalam denominasi ringgit, yang mengehadkan pendedahan kepada risiko pertukaran asing," katanya.
Ia menyatakan bahawa kerajaan juga telah membentangkan rancangan untuk menurunkan paras defisit fiskal dalam jangka sederhana.
Menurut Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana 2023-2025, kerajaan merancang untuk mengurangkan defisit fiskalnya secara beransur-ansur kepada 3.2 peratus menjelang akhir 2025, yang akan menjadikan purata 4.1 peratus daripada KDNK untuk 2023-2025.
"Kami menjangkakan jumlah hutang kerajaan akan meningkat pada tahun-tahun akan datang kerana negara terus mengalami defisit belanjawan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

BMI juga meramalkan pertumbuhan hasil menjadi perlahan sedikit kepada 15.3 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 16.5 peratus daripada KDNK pada 2022.- Gambar fail/Unsplash

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.

Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.

BMI kekal unjuran defisit belanjawan Malaysia pada 4.9 peratus
BMI mengekalkan unjuran defisit belanjawan kerajaan Malaysia 2023 pada 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).