awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS cadang mesyuarat tiga hala Rusia-Ukraine - Presiden Ukraine

Bernama
Bernama
21/12/2025
03:20 MYT
AS cadang mesyuarat tiga hala Rusia-Ukraine - Presiden Ukraine
Zelenskyy menyatakan bahawa mungkin wajar buat masa ini tentera Ukraine dan Rusia kekal di barisan hadapan masing-masing. - Foto fail/AP
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu berkata Amerika Syarikat (AS) menawarkan satu mesyuarat tiga hala di peringkat penasihat keselamatan negara melibatkan Rusia dan Ukraine, sebagai usaha menamatkan perang, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Menurut laporan media Ukraine, Zelenskyy membuat kenyataan itu ketika menjawab soalan wartawan menerusi platform media sosial.
Beliau berkata akan menyokong mesyuarat berkenaan sekiranya beberapa keputusan penting dapat dicapai, termasuk pertukaran tahanan.
Zelenskyy turut memaklumkan bahawa mesyuarat dalam format sama pernah diadakan di Turkiye, yang membawa kepada pelaksanaan pertukaran tahanan hasil rundingan terbabit.
Kerja-kerja berkaitan pelan damai yang dicadangkan oleh Washington sedang dijalankan, dan delegasi Ukraine kini meneruskan rundingan di Amerika Syarikat, katanya.
Menurut beliau, antara isu paling sukar dibincangkan dalam rundingan itu ialah soal keutuhan wilayah Ukraine, jaminan keselamatan, peruntukan sokongan kewangan bagi kerja-kerja pembinaan semula serta pengurusan Loji Kuasa Nuklear Zaporizhia.
Bagi menamatkan perang, Zelenskyy menyatakan bahawa mungkin wajar buat masa ini tentera Ukraine dan Rusia kekal di barisan hadapan masing-masing.
Presiden Ukraine itu juga berkata beliau tidak melihat sebarang kesediaan daripada Rusia untuk menamatkan perang, namun memaklumkan bahawa AS menyatakan Rusia berhasrat menamatkan konflik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelenskyy
#mesyuarat tiga hala
#keutuhan wilayah Ukraine
#jaminan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan