KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.
Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata masih terlalu awal untuk BNM bertindak meningkatkan OPR pada ketika ini.
"BNM sedang meninjau, melihat dan meneliti dasar-dasar yang ada dan kita sedia maklum bahawa minggu ini akan diumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama yang dijangka lebih baik pertumbuhannya.
"BNM perlu melihat dasar dengan lebih teliti sebelum membuat sebarang keputusan dan saya percaya keperluan untuk meningkatkan OPR itu ada," katanya ketika ditemu bual dalam Niaga AWANI pada Selasa.
Jelasnya, antara perkara utama yang perlu difahami adalah apabila OPR perlu bergerak seiring dengan pergerakan ekonomi.
"Apabila ekonomi lemah, terdapat keperluan untuk menurunkannya dan apabila ekonomi mula tunjuk tanda-tanda pemulihan, maka pihak BNM atau bank pusat akan menaikkannya.
"Kalau kita lihat di Amerika Syarikat (AS), mereka bakal laksana dasar monetari yang begitu ketat dan bakal menaikkan kadar faedah mereka secara agresif," katanya.
Menurutnya, itu antara perkara atau intipati menjadi penilaian dan pertimbangan yang mungkin akan memberi sedikit impak kepada sentimen pasaran serta bagaimana pihak BNM bakal mentadbir dasar OPR pada masa akan datang.
BNM menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa dijangka mengumumkan OPR baharu Malaysia pada Rabu.
Harits Asyraf Hasnan
Tue May 10 2022
Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata masih terlalu awal untuk BNM bertindak meningkatkan OPR pada ketika ini. - fotoBERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan Malaysia ke 4.9 peratus
Faktor domestik dan luaran menyokong unjuran pertumbuhan yang dinaik taraf susulan ekonomi global menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Kemajuan ‘Bandar Singa’, cerita daya tahan kendiri mendepani dunia
Menteri kabinet Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkongsi cerita daya tahan Singapura dalam perjalanan membina negara bandar berkenaan.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.3700/3745 berbanding dolar AS 4.3275/3330 ketika ditutup pada Jumaat.
Malaysia luluskan pelaburan RM160 bilion pada enam bulan pertama 2024 - PM Anwar
Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM160 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Kajian Ekonomi OECD: Malaysia di landasan tepat, mampu capai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2028
Negara berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, dengan jangkaan melepasi nilai ambang Bank Dunia pada 2028.
Malaysia serlah potensi, pelabur asing kembali yakin - Penganalisis
Reuters melaporkan warga asing secara konsisten memasukkan lebih banyak wang dalam pasaran hutang dan saham Malaysia pada tahun ini.
Rasionalisasi diesel beri kesan minimum terhadap inflasi - BNM
Kesan daripada rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan baru-baru ini kekal terkawal susulan langkah-langkah mitigasi kerajaan.
Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4380/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 semasa ditutup semalam.
[EKSKLUSIF] Memperkukuhkan strategi Khazanah untuk Memajukan Malaysia
Khazanah berperanan sebagai pemacu dan pemudah cara kepada syarikat-syarikat pelaburannya supaya ia mampu mencipta nilai sekali gus meningkatkan daya saing terutama di peringkat serantau dan global.
Dasar Gaji Progresif: Kementerian Ekonomi, Kesuma tumpu pembinaan sistem yang lebih teguh
Kementerian Ekonomi, Kesuma sedang membina sistem yang lebih baik bagi memastikan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif berkesan pada hujung 2024.