Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalamannya (OPR) pada tiga peratus bagi tempoh berbaki 2017, kata RHB Research.
Firma penyelidikan itu berkata dasar monetari itu tidak dijangka diperketatkan bagi tempoh berbaki tahun ini kerana inflasi dijangka kembali normal pada separuh kedua 2017 memandangkan ekonomi kembali meningkat dengan ringgit semakin stabil.
"Selain itu, pertumbuhan kukuh ekonomi domestik negara ditambah dengan kenaikan kadar lebih agresif dan rancangan mengurangkan lembaran imbangan Rizab Persekutuan AS dijangka mengehadkan skop bagi BNM untuk mengurangkan kadar faedah.
"Kami percaya bank pusat akan mempunyai banyak ruang untuk meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada 2018, memandangkan bank-bank pusat utama dunia kini cenderung ke arah langkah mengetatkan dasar monetari dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik," kata RHB Research.
Firma itu juga membayangkan kadar faedah sebenar negatif domestik dijangka pulih apabila kenaikan kadar faedah dan inflasi menyederhana pada 2018.
Dalam nota penyelidikan berasingan, AllianceDBS Research berkata keputusan BNM semalam untuk mengekalkan OPR bagi enam mesyuarat berturut-turut telah dijangkakan.
Firma penyelidikan itu percaya paras OPR sekarang masih menyokong keadaan kewangan dan makro domestik.
"Keseluruhannya, kami percaya BNM akan mengekalkan OPR kukuh pada tiga peratus sepanjang tahun.
"Kami mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar 2017 kami pada 5.0 peratus (2016:+4.2 peratus) dan unjuran inflasi pada 3.5 peratus (2016: +2.1 peratus)," kata AllianceDBS.
Pada Khamis, BNM berkata pada paras OPR semasa tiga peratus, pendirian dasar monetari itu akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.
BNM mengekalkan kadar faedah utama tidak berubah pada tiga peratus sejak 13 Julai, 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2017

RHB Research percaya bank pusat akan mempunyai banyak ruang untuk meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada 2018. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak mata pelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Kerjasama erat Malaysia-Singapura dapat lonjakkan industri halal, perbankan - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun melihat Malaysia boleh mendapat limpahan kepesatan industri perbankan Singapura pada masa sama negara jiran itu dapat dibantu dengan keunggulan kita dalam industri halal.

BNM lantik semula empat Ahli Majlis Penasihat Shariah bagi tempoh tiga tahun
BNM dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu dilakukan mengikut Seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009.

OPR boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika.... - Rafizi
Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika kadar inflasi negara mampu mereda dalam tempoh beberapa bulan ini.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.07 mata kepada 1,500.40 daripada 1,500.33 pada Jumaat lepas.

Pengekalan OPR 2.75 peratus tanda inflasi akan berkurangan pada 2023
SME Bank komited untuk mendukung mandatnya dalam memberi perkhidmatan kepada PKS bagi memenuhi keperluan kewangan.

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan peningkatan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan minat belian yang kembali ketara.

OPR kekal pada 2.75 peratus - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus.

BNM mungkin tangguh atau umum kenaikan OPR pada kadar lebih kecil - Maybank IB
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan membuat kejutan dengan menangguhkan kenaikan seterusnya kadar dasar semalaman (OPR) atau pada kadar yang

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan pengambilan untung sederhana
Bursa Malaysia mengalami penurunan semula daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah pada Rabu.

OPR akan meningkat kepada 3% bulan ini, ramal Standard Chartered
Kenaikan daripada 2.75 peratus ketika ini, membalikkan langkah pemotongan kadar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Ringgit merosot berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit menyusut daripada peningkatan semalam untuk dibuka rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen lebih kukuh terhadap dolar AS