awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics

Bernama
Bernama
05/09/2022
04:15 MYT
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics
Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.5 peratus pada minggu ini, kenaikan kadar ketiga berturut-turut, bertujuan untuk membantu mengurangkan inflasi negara dengan pemulihan ekonomi yang kukuh, menurut Moody's Analytics.
Katanya Indeks Harga Pengguna keseluruhan Malaysia meningkat sebanyak 4.4 peratus tahun ke tahun pada Julai, peningkatan mata peratusan penuh daripada bulan sebelumnya.
"Sementara itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia jauh melebihi jangkaan, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan selepas sempadan dibuka semula sepenuhnya pada April," katanya dalam kenyataan.
Di peringkat luaran, menaikkan Kadar Dasar Semalaman akan meningkatkan ringgit, yang telah merosot berbanding dolar AS dalam persekitaran kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS, katanya.
Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Moody's
#OPR
#kadar dasar semalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan