KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menangguhkan keputusannya berhubung kadar faedah dan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.75 peratus bagi separuh pertama 2023, menurut beberapa cabang penyelidikan.
Penyelidikan oleh Public Investment Bank Bhd menjangkakan kadar faedah itu dinaikkan 25 mata asas (bps) lagi kepada 3.0 peratus pada separuh kedua 2023, namun bergantung sepenuhnya kepada langkah dasar domestik seperti kemungkinan pengenalan subsidi bahan api bersasar, kawalan harga serta perkembangan harga komoditi global.
"Melangkah ke hadapan, memandangkan BNM menekankan risiko penurunan ketara dengan kemungkinan berlaku peralihan daripada pertumbuhan global yang semakin perlahan, kami menjangkakan sebarang perubahan ke atas OPR bergantung kepada sejauh mana prestasi ekonomi domestik," jelasnya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.
Dalam erti kata lain, cabang penyelidikan ini yakin keutamaan telah berubah sedikit kepada menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam dwimandat BNM iaitu untuk mencapai keseimbangan di antara inflasi yang stabil dengan pertumbuhan ekonomi.
Semasa mesyuarat pertama bagi 2023 pada Khamis, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan OPR dikekalkan tidak berubah pada 2.75 peratus, bertentangan dengan jangkaan pasaran iaitu kenaikan sebanyak 25 bps kepada 3.0 peratus, sekali gus menamatkan rentetan kenaikan 25 bps menerusi empat mesyuarat MPC tahun lepas.
Selepas menaikkan OPR sebanyak 100 bps pada empat mesyuarat berturut-turut, BNM memberi petunjuk bahawa sebarang penormalan seterusnya kepada tahap akomodasi dasar monetari akan diketahui menerusi keadaan yang berubah dan implikasinya kepada inflasi domestik dan prospek pertumbuhan.
Penyelidikan oleh CGS-CIMB Securities pula menjelaskan persoalan utama kini adalah mengenai langkah bank pusat seterusnya.
Ini memandangkan BNM menyatakan ia 'belum selesai' dan keputusan menangguhkan kenaikan itu adalah bagi 'menilai kesan kumulatif terhadap pelarasan OPR yang lepas', tambahnya.
"Kami melihat ini sebagai menggambarkan unjuran berhati-hati BNM untuk bergerak ke hadapan.
"Pada pandangan kami, wujud ketidaktentuan pada masa akan datang, berdasarkan pendirian bank-bank pusat di peringkat global yang semakin cenderung kepada kadar faedah rendah, Belanjawan Malaysia 2023 yang baharu akan dibentangkan pada Februari serta pembukaan semula China baru-baru ini, yang BNM mungkin mahukan kejelasan sebelum keputusan seterusnya," tambahnya firma pembrokeran itu.
Menurut CGS-CIMB Securities hala tuju dasar monetari masih meningkat namun kenaikan kadar faedah mungkin hanya berlaku pada separuh kedua 2023.
"Belanjawan 2023 mungkin tidak memberikan banyak kejelasan dari segi keputusan berhubung cukai dan subsidi baharu memandangkan kerajaan mungkin menangguhkan pengumuman negatif sehingga pilihan raya negeri diadakan paling cepat pada Jun 2023," jelasnya.
Sementara itu Maybank Investment Bank menjelaskan setiap kenaikan atau penurunan 25 bps OPR akan memberi kesan ke atas margin faedah bersih (NIM) bank sebanyak kira-kira 2.0 hingga 3.0 bps secara purata.
"Memandangkan persaingan deposit dan jangkaan harga deposit menjadi normal tahun ini daripada kenaikan kadar sebelum ini, kami telah mengalami pemampatan NIM kira-kira 2.0 bps secara purata bagi bank-bank dalam liputan kami, berbanding peningkatan 6.0 bps pada 2022. Oleh itu, kami yakin kami telah mengambil pendirian berhemat mengenai margin.
"Unjuran kami pada masa ini hanya mengatakan pertumbuhan 4.0 peratus bagi keuntungan operasi terkumpul untuk bank (berdasarkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 4.8 peratus dan pendapatan bukan faedah yang lebih tinggi), dan 7.0 peratus pada tahap sebelum cukai, disokong oleh kos kredit yang lebih rendah (tetapi masih tinggi)," menurutnya.
Menurut bank pelaburan itu keuntungan bersih terkumpul [pula dijangka pulih 16.0 peratus tahun ke tahun susulan ketiadaan Cukai Makmur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Public Investment Bank Bhd menjangkakan kadar faedah itu dinaikkan 25 mata asas (bps) lagi kepada 3.0 peratus pada separuh kedua 2023. - Gambar fail

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Aidiladha: Jualan tiket tambahan kereta api ke Pantai Timur bermula malam ini
Jualan tiket tambahan bagi perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha dibuka mulai 8 malam ini.

Hafidz bakal sahkan status hubungan dengan Athira selepas bercerai
Ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Serangan pisau Perancis: 'Tiada petunjuk motif pengganas' - Pendakwa Raya
Suspek lelaki adalah pelarian gelandangan yang tiba di Annecy pada musim luruh tahun lalu, dan kini dalam tahanan polis.

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

Saya didakwa berhubung dokumen sulit - Trump
Trump berkata dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.

Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan heroin bernilai RM132,375
JKDM pada mulanya menyita kotak bungkusan daripada sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran kurier, di Kompleks Kargo Udara Kedua, Jalan Batu Maung.

Bapa rayu kesan anak perempuan hilang
Seorang kontraktor merayu agar anak perempuannya Tan Shu Chyi, yang menghilangkan diri sejak 1 Mei lepas dapat pulang ke pangkuan keluarga atau menghubunginya segera.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4570/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4640/4640 ketika ditutup pada Selasa.

Kadar faedah AS naik lagi, tertinggi sejak 2007
Ini menjadi penanda aras baharu ditetapkan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS dalam beberapa siri kenaikan sejak 16 Mac lalu.

Cadangan cagar wang caruman KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perdana Menteri ditanya mengenai justifikasi cadangan itu dan berapakah kadar faedah yang dikenakan.

Nilai ringgit lemah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.5065/5140 berbanding dolar daripada penutupan Selasa pada paras 4.4710/4730.

Bank of England naikkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata peratus
Bank of England sekali lagi menaikkan kadar faedah pada Khamis sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk membendung inflasi.

Ringgit teruskan peningkatan berbanding dolar AS ketika awal dagangan
Pada 9 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.2510/2600 berbanding dolar AS daripada 4.2575/2625 sewaktu ditutup pada Rabu.

Bank pusat Pakistan naikkan kadar faedah untuk kawal inflasi
Penting untuk menambat jangkaan inflasi dan mencapai objektif kestabilan harga bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

BNM dijangka tangguhkan keputusan berhubung kadar faedah pada separuh pertama 2023 - Penyelidikan
Public Investment Bank Bhd menjangkakan kadar faedah itu dinaikkan 25 mata asas (bps) lagi kepada 3.0 peratus pada separuh kedua 2023.

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS, kenaikan kadar faedah AS dijangka lebih perlahan
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3305/3350 berbanding dolar AS daripada 4.3325/3375 pada penutupan urus niaga Jumaat.