Skip to main content

Malaysia

PM tinjau Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia

PUTRAJAYA, 4 Jun -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan tinjauan ke Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) hari ini._BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan tinjauan ke Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) serta menyaksikan penubuhan Cyber Security Cryptology Development Centre (CSCDC). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan tinjauan ke Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) serta menyaksikan penubuhan Cyber Security Cryptology Development Centre (CSCDC).

Beliau turut menyaksikan pelantikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah CSCDC.

“Lawatan ini turut mengetengahkan inisiatif Kriptografi Pasca-Kuantum (PQC) yang diterajui oleh bakat muda PTPKM melalui program PQC Sandbox, dalam usaha memperkukuh keupayaan keselamatan siber dan kriptologi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar juga menyeru generasi muda untuk terus menguasai teknologi strategik demi memastikan keselamatan dan kedaulatan digital negara terus terpelihara.

PTPKM ialah sebuah entiti utama negara yang bertanggungjawab dalam menyelidik, membangun dan menguruskan sistem keselamatan siber serta kriptografi.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement