Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka prospek ekonomi Malaysia kekal kukuh berdasarkan sistem kewangannya yang berdaya tahan dan teguh walaupun dalam tempoh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14,
Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ringgit akan mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dalam jangka masa sederhana dan panjang.
"Kekuatan kita boleh dilihat daripada lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, paras hutang luar negeri yang rendah dan penampan modal yang kukuh dalam sistem perbankan. Kami menjangka keadaan kukuh ini akan berterusan.
"Sebagaimana kita dapat lihat, sistem kewangan kita berdaya tahan dan teguh. Dalam beberapa keadaan pada dekad yang lalu, kita dapat menguruskan pasaran yang tidak menentu disebabkan langkah-langkah berterusan yang diambil sejak beberapa tahun untuk membangunkan pasaran kewangan kita," katanya pada Majlis Graduasi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) 2018 di sini hari ini.
Muhammad berkata pasaran kini seimbang dan kukuh untuk menyediakan sokongan struktur bagi keadaan pasaran yang teratur, sambil menambah bagi melangkah ke hadapan, BNM akan terus memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran kewangan dalam negara.
Beliau berkata Malaysia tidak asing dengan ketidaktentuan jangka pendek, berikutan ekonomi negara yang terbuka amat bersepadu dengan pasaran global.
Bagaimanapun, beliau menasihati peserta industri untuk tidak memberi reaksi yang berlebihan, terutamanya apabila ia disebabkan oleh faktor-faktor yang bersifat sementara.
"Pengaruh negatif tetapi berkurangan daripada pasaran hadapan yang tidak diserahkan tidak akan mengurangkan pergerakan ringgit dalam jangka masa panjang," katanya.
Pada 10 Mei, Jawatankuasa Dasar Monetari BNM mengumumkan ia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus dan mengekalkan unjuran yang kukuh terhadap ekonomi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 12 2018
Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ringgit akan mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dalam jangka masa sederhana dan panjang. -Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.