awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM teroka penggunaan tokenisasi, pelawa maklum balas awam

Bernama
Bernama
30/10/2025
05:10 MYT
BNM teroka penggunaan tokenisasi, pelawa maklum balas awam
Menurut BNM, semua maklum balas perlu dikemukakan menerusi e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 1 Mac 2026. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyokong pendekatan kolaboratif bagi meneroka tokenisasi atau pengewangan token dalam usaha mewujudkan pelan hala tuju selamat serta mampan untuk pembangunan perkhidmatan kewangan bertoken di Malaysia.
Dalam kenyataannya hari ini, bank pusat itu berkata kertas perbincangan mengenai tokenisasi aset dalam sektor kewangan juga bertujuan mendapatkan maklum balas bagi membantu aspek merangka pendekatan pengawalseliaan dan pembangunan BNM terhadap tokenisasi aset dalam sektor kewangan.
Sehubungan itu, BNM mempelawa maklum balas bertulis mengenai tema utama yang digariskan dalam kertas perbincangan berkenaan, termasuk cadangan bagi isu khusus, bidang yang perlu diperjelas dengan lebih lanjut serta cadangan alternatif yang wajar dipertimbangkan oleh bank pusat itu.
"Bagi memudahcara semakan secara berkesan, maklum balas ini harus disertakan dengan alasan jelas, bukti relevan dan/atau contoh yang bersesuaian.
"Semua maklum balas perlu dikemukakan menerusi e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 1 Mac, 2026," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#tokenisasi
#maklum balas
#perkhidmatan kewangan bertoken
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan