awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bos Mercedes-Benz gesa EU turunkan tarif kenderaan elektrik China

Bernama
Bernama
12/03/2024
22:30 MYT
Bos Mercedes-Benz gesa EU turunkan tarif kenderaan elektrik China
Kata Kallenius, syarikat China mengeksport kereta mereka ke Eropah dan ia merupakan kemajuan biasa dalam persaingan. - Foto Facebook/Mercedes-Benz Careers
MOSCOW: Tarif terhadap kereta elektrik yang diimport dari China harus diturunkan di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Eropah (EC) terhadap import kereta elektrik dari China, kata Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Ola Kallenius pada Selasa, lapor Sputnik.
Pada Sep 2023, Ketua EC Ursula von der Leyen mengumumkan satu siasatan antisubsidi terhadap import kereta elektrik dari China dengan pasaran global "dibanjiri dengan kereta elektrik lebih murah China" dengan harga mereka "menjadi rendah menerusi subsidi negara yang besar", merupakan satu masalah kepada pengeluar di Kesatuan Eropah (EU).
"Jangan naikkan tarif, saya fikir kita lakukan sebaliknya, ambil tarif yang kita ada dan kurangkannya," Kallenius memberitahu akhbar Financial Times.
Syarikat China mengeksport kereta mereka ke Eropah dan ia merupakan kemajuan biasa dalam persaingan dan ia perlu disaingi dengan produk dan teknologi yang lebih baik, lebih tangkas," kata Kallenius.
"Ia adalah "ekonomi pasaran" dan kami tidak meminta siasatan ini," katanya.
Wujud pendapat yang berbelah bahagi dalam perkara ini, beberapa pengeluar kereta Perancis Stellantis dan Renault yang tidak memiliki perniagaan utama di China, kereta import adalah masalah dan menaikkan tarif adalah penyelesaiannya.
Sementara itu untuk pembuat kereta di Jerman yang perniagaan mereka bergantung kepada pasaran China, mengehadkan perdagangan dengan negara itu boleh mengundang masalah.
Mercedes-Benz merupakan antara jenama kereta popular di China dan pasaran China menyumbang kepada 40 peratus jualan Volkswagen, menurut laporan itu.
Kereta elektrik China yang dieksport ke Eropah dilaporkan dikenakan tarif 10 peratus dan pengeluar kereta Eropah tertakluk kepada tarif 15 peratus di China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mercedes-Benz
#kereta elektrik
#pasaran China
#mengundang masalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan