awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

Bernama
Bernama
02/02/2026
15:37 MYT
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Mahkamah Rakyat Pertengahan Xiamen di wilayah Fujian, China pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas Menteri Keadilan Tang Yijun kerana menerima rasuah lebih 137 juta yuan (AS$19.7 juta). - Foto hiasan
BEIJING: Mahkamah Rakyat Pertengahan Xiamen di wilayah Fujian, China pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas Menteri Keadilan Tang Yijun kerana menerima rasuah lebih 137 juta yuan (AS$19.7 juta), lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik Mahkamah Rakyat Agung.

Ringkasan AI
  • Bekas Menteri Keadilan China, Tang Yijun, dihukum penjara seumur hidup kerana menerima rasuah melebihi 137 juta yuan.
  • Mahkamah menyatakan Tang menyalahgunakan kuasanya untuk faedah pihak ketiga dan organisasi semasa menjadi gabenor wilayah Liaoning serta menteri keadilan.
  • Keputusan mahkamah turut termasuk pelucutan hak politik Tang dan rampasan seluruh harta peribadinya.

"Mahkamah Rakyat Pertengahan Xiamen, Wilayah Fujian, pada 2 Feb 2026, mengumumkan keputusan dalam kes rasuah terhadap Tang Yijun, bekas Pengerusi Jawatankuasa Wilayah Jiangxi bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, dengan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana rasuah dan melucutkan hak politiknya," menurut mahkamah dalam satu kenyataan.
Mahkamah menyatakan bahawa kesemua harta peribadi beliau akan dirampas.
Tang didapati menyalahgunakan jawatannya untuk kepentingan pihak ketiga dan organisasi semasa berkhidmat sebagai gabenor wilayah Liaoning dan sebagai menteri keadilan antara 2006 dan 2022. Beliau membantu dalam penyenaraian saham syarikat, pengambilan tanah, dan pinjaman bank sebagai balasan untuk rasuah, menurut mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Menteri Keadilan China
#Tang Yijun
#penjara seumur hidup
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan