awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan nilai KDNK semata-mata, perlu diterjemah kepada rakyat - Azmin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/10/2018
02:30 MYT
Bukan nilai KDNK semata-mata, perlu diterjemah kepada rakyat - Azmin
Mohamed Azmin berkata, perkara tersebut dipersetujui Malaysia, Thailand dan Indonesia hasil Mesyuarat Peringkat Menteri IMT-GT ke-24 minggu lalu. - Foto ihsan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
Peningkatan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata bukanlah penentu kepada kejayaan sesebuah negara, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.
Sebaliknya, menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, peningkatan KDNK perlu diterjemahkan dalam kehidupan rakyat.
Katanya, Malaysia berpandangan bahawa kemajuan ekonomi yang sebenar adalah termasuk menjana kuasa beli pengguna.
"Ini perlu ditangani dengan baik seperti menangani perbezaan pertumbuhan dan ketidakadilan pendapatan di setiap negeri - terutama melibatkan golongan berpendapatan rendah atau B40, peningkatan pengangguran golongan muda, serta peningkatan kos sara hidup.
"Perkara lain yang turut menjadi keutamaan adalah menangani cabaran seperti meningkatkan produktiviti buruh, memastikan pelaburan dan inovasi yang berkualiti, dan mendorong industri untuk meningkatkan rantaian nilai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Forum Megatrends Khazanah 2018 bertema ‘On Balance: Recalibrating Markets, Firms, Society and People’ di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata, perkara tersebut dipersetujui Malaysia, Thailand dan Indonesia hasil Mesyuarat Peringkat Menteri Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-24 yang beliau pengerusikan minggu lalu.
Bercakap pada sidang media, beliau berkata, Malaysia perlu melihat semula langkah mengimbangi ekonominya dengan melalui sektor baharu yang boleh meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI), menyediakan pekerjaan, melonjakkan kemampanan dan mempertingkat pengeluaran.
Selain itu, katanya, sektor elektrik dan elektronik, yang mengalami kelembapan eksport berbanding komoditi, juga perlu dikaji semula.
"Kita tidak memerlukan aliran masuk modal jangka pendek. Walaupun ia menggalakkan pasaran saham, namun ia tidak mampan.
"Apa yang kita perlukan adalah FDI jangka panjang baharu yang mampan bagi negara. Dan teknologi tinggi merupakan cara untuk maju," katanya.
Mohamed Azmin turut berkata, kerajaan kekal menekankan bahawa Malaysia perlu terus berkembang dan mengatasi perangkap berpendapatan pertengahan dalam usaha menjadi ekonomi berpendapatan tinggi dan maju.
"Malaysia masih terbelenggu dalam pendapatan pertengahan memandangkan kita belum mampu berubah ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.
"Setakat 2017, KDNK per kapita seperti yang dinilai dari segi dolar AS nominal telah susut kepada 9,944 daripada setinggi 11,183 pada 2014," katanya.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#KDNK
#kejayaan
#kerajaan
#kuasa beli
#Mohamed Azmin Ali
#negara
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan