KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi buat seketika pagi ini tetapi mulai menyusut kemudiannya berikutan sentimen berhati-hati di pasaran dengan kes harian COVID-19 kekal melepasi paras 10,000.
Pada Ahad, Malaysia mencatatkan 10,710 kes baharu dengan 153 kematian.
Pada jam 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 1.67 mata kepada 1,520.81 daripada 1,522.48 pada penutupan Jumaat minggu lepas.
Indeks utama dibuka 0.19 mata lebih tinggi pada 1,522.67.
Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 207 berbalas 169 manakala 301 kaunter tidak berubah, 1,565 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 327.79 juta unit bernilai RM258.10 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sasaran imunisasi baharu oleh kerajaan untuk memberi vaksin sepenuhnya kepada 100 peratus populasi dewasa menjelang Oktober 2021 dijangka dapat meningkatkan keyakinan pelabur terhadap jalan pemulihan ekonomi.
"Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) telah bersetuju meningkatkan pengeluaran minyak mulai bulan Ogos di tengah-tengah peningkatan permintaan dan ini dapat meredakan tekanan terhadap bekalan serta harga minyak," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Dengan kemajuan pemberian vaksinasi COVID-19 yang semakin baik, pelabur mungkin mengalihkan fokus mereka kepada saham yang merosot teruk baru-baru ini berbanding sektor bertemakan pemulihan seperti segmen pengguna, hartanah dan pembinaan serta bahan binaan, tambah Malacca Securities.
"Selain itu, minat belian dalam saham teknologi juga dijangka dapat bertahan minggu ini," kata firma broker itu.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.07, Top Glove meningkat satu sen kepada RM3.98, Public Bank, Petronas Chemicals, IHH Healthcare dan Hong Leong Bank masing-masing tidak berubah pada RM4.06, RM8.05, RM5.69 dan RM18.30.
Sementara itu, TNB turun satu sen kepada RM9.69 dan CIMB merosot tiga sen kepada RM4.50.
Bagi saham aktif, CTOS Dgital melonjak 57 sen kepada RM1.67, Privasia dan Permaju naik masing-masing setengah sen kepada 24 sen dan 11.5 sen, sementara Velesto turun setengah sen kepada 14 sen, B.I.G Industries susut empat sen kepada 99.5 sen dan Pasukhas kerugian 1.5 sen kepada 11 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 8.79 mata kepada 11,107.78, Indeks FBMT 100 turun 10.52 mata kepada 10,813.81 dan FBM ACE lebih rendah 10.81 mata kepada 7,229.76.
Indeks FBM Emas Syariah turun 11.90 mata pada 12,173.01 dan FBM 70 jatuh 8.75 mata kepada 14,485.78.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 5.14 mata kepada 14,901.01, Indeks Perladangan menambah 5.21 mata kepada 6,197.97 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.05 mata menjadi 188.55.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021
Pada jam 9.08 pagi, FBM KLCI yang menjadi penanda aras pasaran turun 1.67 mata kepada 1,520.81 daripada 1,522.48 pada penutupan Jumaat lalu. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.