KUALA LUMPUR: Dana asing terus mengalir ke Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih ekuiti berjumlah RM152.9 juta pada minggu lalu.
Dalam laporan aliran dana mingguan MIDF Research, ia menunjukkan pelabur asing hanya menjual ekuiti pada Selasa sebanyak RM14 juta sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC).
Namun, katanya, ia menyaksikan 4 hari pembelian ekuiti oleh pelabur pada minggu berakhir 29 Julai itu.
"Aliran masuk dana asing paling tinggi direkodkan pada Khamis sebanyak RM50.5 juta, pada ketika dan selepas mesyuarat FOMC.
"Pada minggu lalu, ia bermula dengan dengan aliran masuk bersih sebanyak RM25.1 juta pada hari Isnin oleh pelabur asing dan berakhir pada Jumaat dengan aliran masuk bersih RM18.9 juta," katanya dalam laporan itu hari ini.
Tiga sektor mencatatkan aliran keluar asing paling banyak iaitu perkhidmatan kewangan, utiliti dan produk dan perkhidmatan pengguna dengan masing-masing sebanyak RM222.8 juta, RM49.8 juta dan RM25.1 juta.
"Sektor yang mencatat aliran keluar pula ialah produk perindusrian dan perkhidmatan sebanyak RM86 juta, teknologi (RM59.2 juta) dan perladangan (RM12.5 juta)," katanya.
Sementara itu, pelabur institusi tempatan mengekalkan jualan bersih bagi minggu ketiga berjumlah RM70.7 juta.
Pelabur institusi tempatan menjual bersih ekuiti pada Khamis, Rabu dan Isnin dengan masing-masing sebanyak RM62.8 juta, RM36.9 juta dan RM11.5 juta.
"Bagaimanapun, jualan ini diperlahankan dengan pembelian bersih ekuiti pada Selasa sebanyak RM15.2 juta diikuti Jumaat, RM25.4 juta," tambahnya.
Menurut MIDF Research, pelabur runcit pula masih kekal menjual ekuiti pada minggu lalu berjumlah RM82.3 juta, dengan aliran paling tinggi direkodkan pada Jumaat sebanyak RM44.3 juta.
"Pelabur runcit telah menjual bersih ekuiti selama lapan hari dagangan secara berturut-turut," katanya.
Setakat ini, dana antarabangsa telah membeli bersih ekuiti selama 19 daripada 30 minggu dengan aliran masuk berjumlah RM6.27 bilion manakala pelabur runcit pula mencatat pembelian sebanyak RM1.7 bilion
Sebaliknya, pelabur insitusi tempatan sebaliknya menjual ekuiti selama 23 daripada 30 minggu dengan aliran keluar bersih sebanyak RM7.96 bilion.
"Perlu diingatkan bahawa pada penghujung Julai menyaksikan dana asing mencatat aliran masuk bersih yang merupakan pembalikan daripada aliran keluar bersih yang dilihat pada Jun. Aliran masuk bersih bagi Julai ialah RM182.2 juta," jelasnya.
Dari segi penyertaan pelabur, terdapat peningkatan nilai purata dagangan harian (ADTV) bagi pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing sebanyak 10.98% dan 17.17%. ADTV pelabur asing pula susut 8.81%. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Aug 01 2022
Tiga sektor mencatatkan aliran keluar asing paling banyak iaitu perkhidmatan kewangan, utiliti dan produk dan perkhidmatan pengguna. - Gambar hiasan/DagangNews
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.