awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026

Bernama
Bernama
02/01/2026
23:40 MYT
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal sederhana pada sekitar 4.3 peratus pada 2026, berbanding anggaran pertumbuhan 4.6 peratus pada 2025 dan pengembangan 5.1 peratus pada 2024, menurut MBSB Investment Bank Bhd. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal sederhana pada sekitar 4.3 peratus pada 2026, berbanding anggaran pertumbuhan 4.6 peratus pada 2025 dan pengembangan 5.1 peratus pada 2024, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
Bank pelaburan itu berkata, asas pertumbuhan domestik Malaysia kekal positif, disokong oleh pasaran buruh yang sihat, peningkatan gaji dan guna tenaga, serta inflasi umum yang masih sederhana.
"Aktiviti ekonomi domestik juga akan terus disokong oleh kemajuan projek infrastruktur berbilang tahun serta peningkatan ketibaan pelancong (dan perbelanjaan), susulan pelaksanaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Namun, sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka, prospek pertumbuhan Malaysia akan terus dipengaruhi oleh ketidaktentuan luaran, termasuk perubahan peraturan perdagangan oleh rakan dagang utama, potensi gangguan rantaian bekalan global, serta kemungkinan peningkatan semula ketegangan perdagangan dan geopolitik," kata MBSB IB dalam nota penyelidikannya.
Sehubungan itu, ia berkata, prospek perdagangan Malaysia masih berisiko susulan kesan tarif Amerika Syarikat yang lebih tinggi terhadap permintaan akhir, selain risiko kelemahan permintaan luaran daripada pasaran utama.
Bagaimanapun, ekonomi domestik dijangka mengukuh dalam jangka pendek, disokong oleh peningkatan Indeks Pelopor (IP) sebanyak 3.6 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025, menandakan dua bulan berturut-turut pengembangan, katanya.
Menurut bank pelaburan itu, peningkatan tersebut didorong oleh penambahbaikan dalam tiga komponen utama, diterajui oleh pengembangan dua digit dalam bilangan unit kediaman yang diluluskan (51.2 peratus tahun ke tahun) import sebenar logam berharga asas lain dan logam bukan ferus lain (39.2 peratus tahun ke tahun), serta import sebenar semikonduktor (32.4 peratus tahun ke tahun).
Dari segi bulanan, MBSB IB berkata, IP melonjak semula sebanyak 2.6 peratus bulan ke bulan selepas mencatatkan penyusutan selama dua bulan berturut-turut, didorong oleh prestasi lebih kukuh import sebenar logam berharga asas lain dan logam bukan ferus (1.8 peratus bulan ke bulan), serta pemulihan dalam bilangan unit kediaman yang diluluskan (0.5 peratus bulan ke bulan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#KDNK
#MBSB Investment Bank
#ekonomi domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan