KUALA LUMPUR: Dagangan Bursa Malaysia terus tertekan apabila Wall Street ditutup lemah semalaman berikutan data ekonomi terkini yang menunjukkan keyakinan perniagaan yang masih suram.
Pada 9.18 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.82 mata kepada 1,448.37 daripada penutupan Selasa pada paras 1,454.19.
Namun begitu, indeks utama dibuka 0.19 mata lebih tinggi pada 1,454.38.
Pergerakan harga di pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 297 berbalas 168, manakala 245 kaunter tidak berubah, 1,493 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 413.70 juta unit bernilai RM144.17 juta.
Sementara di Amerika Syarikat (AS), Indeks Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan merosot sekali lagi pada Februari kepada 102.9 daripada 106.0 pada Januari, mendorong lebih banyak jangkaan terhadap langkah Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ini keputusan data itu telah menyebabkan sesi dagangan tidak menentu dengan Purata Perindustrian Dow Jones semalaman kerugian 232 mata, manakala Nasdaq susut sebanyak 11 mata.
''Walaupun terdapat beberapa pengumpulan saham perbankan berikutan laporan pendapatan kukuh terkini, sentimen keseluruhan kekal hambar.
''Kami berpendapat bursa tempatan masih terperangkap dalam mod konsolidasi di tengah-tengah ketidaktentuan di AS, justeru menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,450-1,460 hari ini,'' katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH susut 10 sen kepada RM5.69, MISC lemah 15 sen kepada RM7.41, Press Metal turun tujuh sen menjadi RM5.09, Tenaga Nasional lebih rendah sebanyak 10 sen kepada RM9.27, dan IOI menguncup lapan sen kepada RM3.75.
Bagi saham aktif, Icon Offshore turun tiga sen kepada 9.0 sen, manakala Velesto dan Pharmaniaga berkurangan satu sen setiap satu menjadi 18 sen dan 26 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 41.28 mata kepada 10,537.85, Indeks FBMT 100 susut 40.95 mata menjadi 10,230.51 manakala Indeks FBM Emas Syariah lemah 64.27 mata kepada 10,733.40,
Indeks FBM 70 pula merosot 52.90 mata kepada 13,383.73 sementara Indeks ACE FBM peroleh 37.63 mata kepada 5,395.73.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah sebanyak 19.76 mata kepada 16,175.07, Indeks Tenaga susut 5.51 mata menjadi 838.06, Indeks Perladangan berkurangan 31.83 mata kepada 6,734.81 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 1.28 mata kepada 176.15.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
Pada 9.18 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.82 mata kepada 1,448.37 daripada penutupan Selasa pada paras 1,454.19. -Gambar fail/Bernama
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.