KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dapat mengurangkan sebahagian besar penurunan awalnya secara berturut-turut apabila ditutup rendah sedikit sebanyak 0.08 peratus pada Khamis, dipengaruhi oleh saham perkhidmatan kewangan ekoran sentimen pasaran yang lemah.
Kaunter perbankan Public Bank susut lima sen kepada RM3.95 dan Maybank kurang enam sen kepada RM8.49.
Kedua-dua kaunter ini menyumbang 2.81 mata kepada penurunan indeks utama pada penutupan dagangan hari ini.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 1.06 mata kepada 1,410.98, yang merupakan paras tertinggi hari ini, daripada 1,412.04 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks utama pasaran itu dibuka 5.07 mata lebih rendah kepada 1,406.97 sebelum mencecah paras terendah harian 1,403.55 semasa sesi tengah hari.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 434 berbanding 468, manakala 407 kaunter tidak berubah, 964 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.26 bilion unit bernilai RM2.03 bilion daripada 3.12 bilion unit bernilai RM1.89 bilion pada Rabu.
Di peringkat rantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 2.34 peratus kepada 20,049.64; Indeks Komposit Jakarta Indonesia menambah 1.20 peratus kepada 6,691.61; Indeks Straits Times Singapura susut 0.06 peratus kepada 3,219.00; Nikkei 225 Jepun kurang 0.17 peratus kepada 27,419.61 manakala Indeks Komposit SSE China menokok 0.64 peratus kepada 3,286.65.
Peniaga berkata pasaran memberi reaksi negatif terhadap keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, dan pelabur juga terus berhati-hati sebelum data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia dikeluarkan pada Jumaat.
Sementara itu, menerusi nota penyelidikan pada Khamis, Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan pelabur mungkin siap sedia berdepan dengan lebih banyak turun naik ketara selain dijangka memilih untuk pendedahan kepada saham yang bersifat defensif dalam sektor pengguna, telekomunikasi dan utiliti.
pelabur mungkin bersiap sedia untuk lebih banyak turun naik dan kemungkinan memilih untuk mendedahkan lebih lanjut dalam saham defensif dalam sektor pengguna, telekomunikasi dan utiliti.
Antara saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, CIMB dan Petronas Chemicals masing-masing menambah satu sen kepada RM5.21 dan RM6.80, TNB naik empat sen kepada RM9.56, Public Bank susut lima sen kepada RM3.95 dan IHH Healthcare merosot enam sen kepada RM5.82.
Antara saham aktif, Top Glove melonjak tujuh sen kepada RM1.02, Careplus menokok tiga sen kepada 33.5 sen, Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 13.5 sen, Zen Tech kurang setengah sen kepada 2.5 sen manakala Computer Forms turun 8.5 sen kepada 35 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.31 mata kepada 10,337.05; Indeks FBMT 100 menambah 12.57 mata kepada 10,029.17 dan Indeks FBM 70 melonjak 100.05 mata kepada 13,389.18.
Indeks FBM Emas Syariah meningkat 44.17 mata kepada 10,670.54 dan Indeks FBM ACE FBM menokok 12.97 mata kepada 5,314.65.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 80.85 mata kepada 15,566.15; Indeks Tenaga meningkat 5.16 mata kepada 811.25; Indeks Perladangan menambah 20.33 mata kepada 6,769.51 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.46 mata daripada 167.17.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.28 bilion saham bernilai RM1.76 bilion daripada 2.04 bilion saham bernilai RM1.59 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran sebanyak 433.61 juta unit bernilai RM73.54 juta berbanding 422.09 juta unit bernilai RM64.29 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 546.78 juta saham bernilai RM189.56 juta daripada 648.05 juta saham bernilai RM232.34 juta pada Rabu.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 302.63 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (521.04 juta); pembinaan (56.17 juta); teknologi (424.73 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (71.60 juta); hartanah (179.73 juta); perladangan (22.46 juta); REIT (10.33 juta), dana tertutup (sifar); tenaga (120.57 juta); penjagaan kesihatan (418.96 juta); telekomunikasi dan media (86.34 juta); pengangkutan dan logistik (25.96 juta); serta utiliti (37.89 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.31 mata kepada 10,337.05; Indeks FBMT 100 menambah 12.57 mata kepada 10,029.17 dan Indeks FBM 70 melonjak 100.05 mata kepada 13,389.18. - Gambar fail/BERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.