KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah hari ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih dengan sentimen lemah di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.54 mata kepada 1,538.21 daripada 1,543.75 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 6.80 mata kepada 1,536.95.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 223 berbanding 161 manakala 295 kaunter tidak berubah, 1,644 tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 555.16 juta unit bernilai RM134.15 juta.

"Kami (turut) memilih sektor pembinaan dan hartanah berdasarkan potensi pelaksanaan semula projek kereta api berkelajuan tinggi KL-Singapura manakala pelabur dijangka terus mengekalkan pegangan mereka dalam sektor pengguna yang defensif," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.65, Public Bank meningkat 2.0 sen kepada RM4.25, CIMB naik 5.0 sen kepada RM6.49 manakala Tenaga Nasional merosot 6.0 sen kepada RM11.50 dan Petronas Chemicals susut 2.0 sen kepada RM6.85.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan TWL Holdings, masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan 3.5 sen manakala Eversendai dan Powerwell, masing-masing menambah 1.5 sen kepada 34.5 sen dan 40.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 33.17 mata kepada 11,445.68, Indeks FBMT 100 berkurangan 33.91 mata kepada 11,107.72 dan Indeks FBM ACE susut 3.94 mata kepada 4,723.64.

Indeks FBM Emas Shariah jatuh 27.65 mata kepada 11,508.85 dan Indeks FBM 70 berkurangan 22.34 mata kepada 15,560.79.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 76.97 mata kepada 17,164.39, Indeks Perladangan berkurangan 8.97 mata kepada 7,306.79 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.21 mata kepada 175.89 manakala Indeks Tenaga naik 3.94 mata kepada 921.71.

-- BERNAMA