Bursa Malaysia dibuka rendah bagi hari ketiga berturut-turut dan dijangkakan terus mengalami tekanan penjualan hari ini berikutan kemelut kebimbangan perdagangan global.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.49 mata kepada 1,803.27 daripada 1,812.76 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks itu dibuka 7.42 mata lebih rendah pada 1,805.34.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 131 berbanding 112, manakala 164 kaunter tidak berubah, 1,466 kaunter tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 99.59 juta unit bernilai RM47.32 milion.
Kenanga Investment Bank berkata, unjuran teknikal jangka panjang bagi indeks penanda aras tersebut kekal positif dengan petunjuk momentum utama menunjukkan petanda baik, bagaimanapun, ringgit yang lemah mungkin menjejaskan pasaran saham.
Sementara itu, Public Investment Bank Bhd berkata berdasarkan analisis teknikal, data mingguan indeks itu kekal meningkat namun momentum menaiknya adalah lemah.
"Bergerak antara paras 1,815 dan 1,810, FBM KLCI bergerak kepada mod kesesakan minggu ini dalam keadaan cabaran luaran," menurutnya.
Bank itu berkata, aliran meningkat keseluruhan FBMKLCI masih tidak terjejas dengan indeks itu dijangkakan kekal melepasi paras sokongan 1,810 dalam tempoh terdekat.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepadaRM9.99, PBBank kurang 10 sen kepada RM24.76, Tenaga turun enam sen kepada RM15.66, CIMB merosot satu sen kepada RM6.09 manakala PChem tidak berubah pada RM9.49.
Saham aktif, Pesona meningkat 1.5 sen kepada 35.5 sen, SapNRG dan BornOil masing-masing turun setengah sen kepada 35.5 sen dan 5.5 sen, manakala NovaMSC dan DBE masing-masing tidak berubah pada 16.5 sen dan 3.5 sen.
Indeks FBM Emas turun 52.70 mata kepada 12,626.38, Indeks FBMT 100 merosot 53.85 mata kepada 12,431.11, FBM 70 kurang 22.0 mata kepada 15,076.85, Indeks FBM Emas Syariah susut 41.76 mata kepada 12,714.69.
Bagaimanapun Indeks FBM Ace meningkat 10.69 mata kepada 5,263.24.
Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 108.51 mata kepada 17,892.80, Indeks Perusahaan turun 4.05 mata kepada 3,212.22 dan Indeks Perladangan kurang 35.55 mata kepada 7,495.24.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 05 2018
Public Investment Bank Bhd berkata berdasarkan analisis teknikal, data mingguan indeks itu kekal meningkat namun momentum menaiknya adalah lemah. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.