KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada urus niaga awal Khamis, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI susut 3.73 mata kepada 1,408.31 daripada penutup Rabu pada paras 1,412.04.
Indeks utama itu memulakan dagangan pada paras 1,406.97, susut 5.07 mata.
Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 242 berbalas 153, manakala 254 kaunter tidak berubah, 1,624 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 549.71 juta unit bernilai RM190.02 juta.
Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan sentimen kurang memberangsangkan berikutan prestasi Wall Street yang lebih lemah akan turut menular kepada indeks penanda aras serantau dan bursa tempatan susulan daripada kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).
"Kami mengunjurkan satu lagi penurunan jualan berasaskan luas, terutamanya dalam sektor teknologi berikutan kemerosotan di Wall Street semalaman.
"Pelabur mungkin telah bersedia untuk berhadapan dengan lebih banyak ketidaktentuan harga dan berkemungkinan memilih meningkatkan pendedahan mereka dalam sektor yang lebih defensif seperti pengguna, syarikat telekomunikasi dan utiliti," kata firma pembrokeran itu.
Sementara itu, saham-saham wajaran tinggi Bursa seperti IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM5.89, Hong Leong Bank meningkat 16 sen kepada RM20.26, manakala CIMB dan CelcomDigi tidak berubah, masing-masing pada RM5.20 dan RM4.26.
Maybank dan Petronas Chemicals pula susut empat sen setiap satu untuk mencatatkan harga RM8.51 dan RM6.75.
Bagi saham aktif, Niche Capital menambah setengah sen kepada 16 sen, Hong Seng Consolidated dan Jade Marvel tidak berubah, masing-masing pada harga 13.5 sen dan 31 sen, manakala Zen Tech susut setengah sen kepada 2.5 sen sementara AirAsia X turun tiga sen kepada RM1.44.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 17.61 mata kepada 10,305.13, Indeks FBMT 100 susut 17.68 mata menjadi 9,998.92 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 1.97 mata kepada 10,624.40.
Indeks FBM 70 meningkat 13.04 mata kepada 13,302.17 manakala Indeks FBM ACE kerugian 17.62 mata kepada 5,284.06.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga menokok 1.63 mata kepada 807.72, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 54.32 mata menjadi 15,592.68, Indeks Perladangan turun 5.77 mata kepada 6,743.41 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.39 mata kepada 166.32.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI susut 3.73 mata kepada 1,408.31 daripada penutup Rabu pada paras 1,412.04. -Gambar fail/Bernama
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan empat hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.42 mata atau 0.35 peratus kepada 1,540.42 daripada paras penutup 1,535.0 pada Selasa.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari berikutan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi Wall Street
Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.70 mata kepada 1,539.83 daripada paras 1,542.53 di akhir dagangan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah pelabur
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.51 mata atau 0.55 peratus kepada 1,542.53 daripada paras penutup 1,551.04 pada Jumaat minggu lepas.
Institusi tempatan terus membeli bagi minggu ketujuh berturut-turut
Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu ketujuh berturut-turut, dengan pembelian ekuiti domestik bernilai RM430.7 juta,
Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.50 mata kepada 1,544.54 daripada 1,551.04 ketika ditutup Jumaat lepas.